LELAKI sebelum kahwin dikatakan romantik dan begitu penyayang serta lemah lembut ibarat pijak semut pon tak mati.. Sebenarnya hakikat ni , sama je tak kira lelaki ke perempuan ..
Ambil contoh paling mudah je la kan .. Kalau g rumah bakal mertua , apa yang akan kita ( lelaki atau perempuan ) buat ? Berapa peratuskah kita akan menjadi diri kita ? Pastinya kita akan berlakon sedikit kan ?
Sama je bila nak mengorat .. Takkan nak tunjuk taring memula atau nak tunjuk kuku walaupun itulah sepatutnya .. Tapi bila tunjuk sapa diri kita sebenar , apa pasangan kita akan menerimanya sedangkan itulah proses penyesuaian terhadap sesuatu perhubungan ..
Lelaki akan cuba belajar mengenali pasangannya ( perempuan yer ! ) , dan cuba menjadi yang terbaik bagi memastikan mereka bahagia dan menjadi pasangannya ..
LELAKI selepas berkahwin dikatakan amat berubah sekali berbanding sebelum kahwin ( nikah dulu ) .. Kenapa ini berlaku ? Sebelum nak kata lelaki berubah , apakah perempuan tidak berubah ?
Ambil contoh paling mudah la yer .. Bab order makanan .. Sebelum kawin , paling tidak pon , makan bihun dan air sirap .. Selepas kawin camana pulak ?
Bab shopping pula , lelaki sebelum kawin akan mengekor ke mana saja pasangannya pergi.. Kenapa ini berlaku ? Ini adalah proses pembelajaran.. Nak tau apakah citarasa bakal isterinya .. Kalau jenis material , maka ada kesempatan untuk cabut lari .. Kalau mampu tanggung , tak pe la kan ? Kalau tak ? Ada gak pinjam along .. pas kawin , mula gaduh sebab sarat dengan hutang gara gara nak tackle pasangannya itu ..
Lelaki berbeza selepas kawin adalah seperti evolusi jugak .. Cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran.. Kenapa lelaki jadi penyayang ? Sebab isterinya .. Kenapa lelaki jadi garang ? Tu kena tanya diri sendiri..
Curang ?? Ini bukan topiknya .. hehehe.. Sekadar pendapat peribadi ..