SOKONG ! Kebelakangan ini cerita hantu semakin mengarut .. Semakin ditokok tambah bagi lagi best ! Pengajaran ? Tarak ! Dari orang tak tau apa apa , tau dah apa nak buat nanti bila sakit hati ! Risaukan dosa ? Mudah je ... Part aurat langsung mereka tak takut.. Part solat pon tak ambil berat apatah lagi nak lakukan kerja syirik ? Aisyeman ..
Pengajaran dalam filem ni ambik yang asas dah la.. Ni nak tunjuk masalah dalam masyarakat melayu kononnya penuh dengan khurafat ? Yeke ? Kalau melayu mesti percaya pada bomoh ? Yang percaya bomoh bomoh ni mereka yang takde asas agama yang betul.. Bertudung belum tentu solat.. Solat belum tentu bertudung.. Bertudung dan bersolat belum tentu lagi percaya pada qada' dan qadar .. Asas dan pegangan masih longgar.. Sebab tu tunggang langgang ..
“Menonton cerita begini tidak membawa kebaikan, tidak memberi keuntungan hanya perasaan takut, lemah semangat serta tidak baik kepada negara yang memerlukan rakyat yang berpengetahuan dan bijaksana,”. kata Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhamad - Bharian
“Filem hantu untuk hiburan selain mendidik penonton. Ia bukan mempromosi kisah tahyul, sebaliknya pada masa sama nilai agama menerusi watak ustaz yang berperanan mendidik penonton secara tidak langsung. " kata David Teo
Hiburan ? Hahahaha... Sampai kalimah syahadah pun nak dijadikan lawak ? Tak payah laa.... Banyak cara untuk berhibur.. Filem hantu ni nak ajar anak anak kita takut pada hantu syaitan jer..
Kalau pembikin filem negara kita ni kreatif , takat nak bagi penonton ketawa , kacang je ! Tapi dengan buat filem hantu semata mata nak bagi penonton ketawa , baik buat citer katun je ..
Hantu ! hantu ! hantu ! Kita sendiri jadi hantu ! Hantu pun ketawa tengok kita yang sememangnya lebih hantu dari mereka ! Tak caya ? Tanya diri sendiri..