Berbalik pada entri aku tadi tu , aku tak cerita details. Tadi , aku bersama dua rakan blogger aku menjadi saksi diatas kebangangan seorang lelaki berbangsa melayu beragama Islam, mengutuk bangsa dan agamanya sendiri demi untuk dapatkan tepukan gemuruh diatas lawak bangangnya itu ..
Satu lawak yang memalukan dirinya secara tidak langsung ! Kitorang tadi masing masing dah berapi . Akhirnya kitorang beredar dari situ yang mana sepatutnya tamat dalam kul 11 lebih. Event yang kitorang pergi tadi , aku pun tak tau apa motifnya. Mungkin bukan line aku kot..
Yang pasti , aku balik rumah dengan bau badan yang aku sendiri naik pening dengan baunya. Bau asap rokok yang sangat kuat ! Naik lrt tadi pon , rasa segan giler ! Camana mereka yang perokok boleh hidup dengan bau begini ? Maaf la yer.. aku cuma heran.
Masih terngiang lagi kata kata lelaki melayu celup omputih yang perasan AMERICAN tu ...
" Aku Melayu .. Beragama Islam dan minum arak.. Jadi ? " ...
Aku tulis tu pon dah panas kan ? Bayangkan ada penambahan selepas ayat tersebut.. Silap aku tak rekod tadi.. Dah keluar kamera cuma aku amik gambarnya saja.
Kawan aku , Jai .. Dah tweet Coo company tu untuk minta penjelasan. Tunggu je nanti apa cerita sebenarnya .. Haih... Ni la contoh Melayu yang tak sedar diri ! Baru studi kat luar negara , dah anggap bangsa sana ! Caitt... Yelahh.. aku tau bukan semua .. Tu contoh yang tak sedar diri je.. Aisey.. takkan nak kena tulis gak kot ?