“Penulis blog Muhammad Hafiz Ismail memenangi Anugerah Terbaik Perdana Menteri di Anugerah MSC Malaysia Asia-Pasifik ICT Alliance (APICTA) 2011, menerusi blognya, "Life Through My Eyes' (www.apistakkisah.blogspot.com). “ - Mstar
Inilah blognya.. Sangat simple tapi apa yang membuatkannya menang ?? Isi dan cara penyampaiannya ..
Ramai antara kita terikut cara blogging orang lain tapi sebenarnya kita terlupa setiap dari kita punya keunikkan tersendiri untuk menyampaikan ‘cerita’ pada pembaca kita ..
Apa yang kita kejar sebenarnya bila buat blog ? Duit ? Populariti ? Kawan ? Kepuasan ? Jawapannya , korang saja yang tahu ..
Masuk dan kajilah blog tersebut … Penulis blog tersebut juga seorang penulis buku dan juga seorang guru tapi jangan jadikan itu satu alasan untuk menidakkan keistimewaan korang !
Kalau dia boleh , korang ? Ya , tak perlu jadi seperti dia tapi perlu ada semangat untuk berjaya seperti dia . Berjaya membuktikan yang korang juga mampu menghasilkan sesuatu berdasarkan usaha serta semangat juang yang tinggi sebagaimana dia ..
Kemenangan bukanlah ukuran sebaliknya kepuasan dalam bidang yang kita cintai.
Ben : Aku bangga bila blogger diberi pengiktirafan peringkat tertinggi seperti ini .. Sbb ada orang memandang rendah pada blogger !