Wahh.. tomei la blog dia niehh… Heheheh .. Muda belia lagi blogger kita ni.. Idea untuk berblog tu ada .. cuma kalau dapat keluarkan idea yang lagi menarik dan unik , pasti blog ni mampu meletop nanti !
Wahh.. tomei la blog dia niehh… Heheheh .. Muda belia lagi blogger kita ni.. Idea untuk berblog tu ada .. cuma kalau dapat keluarkan idea yang lagi menarik dan unik , pasti blog ni mampu meletop nanti !
Sungguhpun filem dia dapat 7 RM 7 juta , namun aku sedikit pon tidak rasa kagum langsung !
Maaf … Aku tak respek orang bilamana orang itu tidak respek pada orang lain . Dalam menyampaikan pendapat , caci maki tidak diperlukan walaupun itu hak peribadi. Bagi aku , bila nak berkongsi dengan orang lain , maka perlulah jaga bahasa.. Janganlah kita lupa , yang menggunakan internet ini ada tua , muda dan kanak kanak riang..
Nak caci maki , g lepak dalam gua. Sesuai untuk mereka yang teringin bercaci maki.
Semalam , ada aku singgah rumah orang tua aku .. Memang setiap minggu aku akan singgah sana. Jengok orang tua selagi diorang ada. Jangan dah takde baru beria dok ziarah kubur sedangkan masa hidup , diabaikan begitu saja.
Aku sembang ngan mak .. Ternampak kotak rokok ayah aku. Aku tanya la mak aku nape dia hisap rokok jenis ni lak ? Dulu dah slow dok hisap rokok daun je ..
Jawab mak aku , harga lebih kurang je. Dia pon malas nak membalut dah .. Hurm , aku nak kata apa dah . Tapi ayah aku kalau merokok , mmg dia akan ke dapur bila takde orang. Atau keluar rumah je.
Sian je tengok ayah aku. Mak aku kata , bila dia duduk diam diam sorang diri , pasti dia mengelamun. Tetiba dia kata dia nampak cahaya. Pastu bau busuk. padahal takde pon bau. Haih , risau gak aku.
Nasib baik adik perempuan aku tu ada. Selalu gak la aku nasihatkan dia supaya sabar layan karenah diorang. Cuma leh harapkan dia je la. Penghibur diorang tu , anak adik perempuan aku yang 2 orang tu. Kalau tak , mau sunyi diorang.
Bila tengok ayah aku yang mmg jenis ringan tulang dan tak reti duduk diam tu , aku kenangkan nasib aku bila tua nanti. Camana la aku nanti …
“HARGA tiket final Piala Malaysia kekal RM50. Mahu atau tidak, penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu harus membayar RM50 bagi sekeping tiket jika tetap berhajat menyaksikan aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. “.
Kalau aku ?? Tunggu kawan kawan update je dari blog .. Bukan apa , tiap kali tengok live .. haih.. hampa ! Main tah hapa hapa.. Cerita dalam paper cam best giler ala ala Real Madrid lawan Barcelona tapi bila tengok cam layan futsal kat dewan futsal Ah Keong !
Alhamdulillah.. Baru nampak sahabat tu ceria sekarang ni .. Eh , sat sat .. nak bagitau ni.. Ni entri pertama dari Sony Vaio yang baru aku beli semalam .. Hehehe.. Best gak.. Fresh gitu… Ni mmg buat untuk update bila keluar dari rumah. Kat rumah , guna bini tua .. Hahahah.. Sapa bini tua ? Sila rujuk Bila aku punya 2 isteri ni..
Sahabat tu , officemate aku .. skang ni nampak ceria sbb bisnis dia dah mula maju. Dulu ,makan gaji je laki bini. Mana nak boleh hidup.Gaji lepas untuk g kerja n wat duit makan je.. nak bayar itu ini , mmg susah la nak lepas..
Mahu atau tidak , kena ada buat keje lain lebih lebih lagi kalau tinggal kat bandar besar ni. Macam aku kata tadi la , nak harap pada makan gaji je susah .. Berpuluh ribu sekali pon kalau tekak besar
Bak kata jiran aku , KL ni lombong emas .. Kena bijak dan cepat gali .. Kalau duduk nganga sambil harap orang tlg suakan pon akan ada orang suakan tapi tak la hari hari kan ..
Belum ada lagi yang mati kebuluran di KL ..
Sekarang ni , boleh dikatakan sahabat tu senantiasa tersenyum bila rezeki mencurah masuk . Tapi ingat ingat gak la kan .. Jangan jadi tamak lak … Tu yang tak bagus.. Kan FAM kan ?