Ada ramai blogger yang berjaya mencipta nama di Malaysia ini . Renung blog mereka .. Cari resepi kejayaan mereka .. Pasti akan ada sesuatu yang menarik .
Ada antara kita kan terus kata .. Mereka berwajah jelita ! Mereka kacak ! Mereka berposing gambar ! Apakah pembaca mereka itu buta ? Apakah mereka masuk hari hari untuk melihat wajah yang sama walaupun gaya posing yang berbeza ?
Pasti tidak bukan ? Mesti ada sesuatu tarikan .. Buka mata dan nilai dengan akal anda ! Cari.. cari . .cari .. Buka minda kita ! Bila jumpa , simpan dan masuk ke blog yang lain pula..
Kemudian fikirkan .. Yang manakah sesuai dengan kita ? Apakah entrinya ? Apakah kerana paras rupa ? Atau ??? Yang mana satu sesuai dengan kita ?
Aku bukan suruh meniru tetapi jadikannya satu peransang ! Kalau dia boleh , kenapa aku tidak ? Apakah perbezaan antara aku dan dia ?
Cemburukan kejayaan mereka membuatkan kita berusaha untuk lebih maju tetapi elakkan hasad dengki yang akhirnya kita sendiri menjadi mangsanya .
Itulah yang aku buat ..