PHEEEEEWITTTT !!
Tengok je gambar kat atas ni , sahih korang kenal punya ! Aku kenal bro Amy Search seusia aku umur 11 tahun kalau tak silap aku . Dan lagu kegemaran aku ketika itu Meniti Titian Usang. Pergh , mendalam gila lagu tu ..
Impian aku untuk menonton secara live , berdepan dengan kumpulan SEARCH termakbul ketika aku bergelar blogger ! Aku dapat pas media ketika kumpulan SEARCH membuat persembahan di sebuah konsert , sekitar Jalan Ampang di penghujung tahun lepas.. Sejuta kenangan wa cakap luuu !! Terbaik ! Memang otai rock woooo !! Sayangnya masa tu , Search hanya sempat main 3 lagu .. Memang tak puas beb !!
Kali ni aku berpeluang sekali lagi untuk menonton bila SEARCH bakal membuat konsert di Kuala Lumpur nanti , sempena 30 tahun perjuangan mereka bergelar anak seni.. Takkan dipersiakan sekali lagi peluang ini untuk menonton konsert mereka yang pastinya lebih berdentum !
Amacam ?? Nak tau kat mana SEARCH bakal membuat persembahan selain di Kuala Lumpur nanti ? Jom kita gegar FACEBOOK FENOMENA SEARCH .. Klik KONSERT FENOMENA SEARCH 30 TAHUN ini dan untuk mengetahui harga tiket dan juga menempahnya secara online , korang klik http://www.tickethotline.com.my/events/search30/ ini ..
Jangan lepaskan peluang ini !! Bukan senang nak tengok otai main woooo !!!