Ada kajian di Malaysia mengatakan peratusan wanita curang terhadap pasangannya lebih tinggi berbanding lelaki yang curang terhadap pasangannya .. Wow !! Macam tak percaya je kajian ni ! Kang mesti ada suara kata , “ Eh , kajian mana kau amik ni haa ???? Bagi la sumber !! “ .. Apadahalll .. g la cari sendiri ! Aku leh carik , takkan ko tak leh kan ? Hahahah.. Ilekkss.. jgn berapi .. ni sekadar kajian jer ..
Perempuan , mencari kebahagiaan dalam kehidupan mereka .. Lelaki pula mencari kepuasan dalam apa jua yang mereka buat .. Berbeza tapi sama sebenarnya .. Kepuasan menjamin kebahagiaan.. Kebahagian menentukan kepuasan .. Haa.. pening ? Toksah pening aihh ..
Amik contoh perempuan dah kawin .. Kenapa mereka curang ? Suami kerja keras siang malam tapi akhirnya isteri berlaku curang .. Jawapan yang sering diberi , mereka terabai ! Haaa… Segalanya kembali dingin ..
Lelaki .. kenapa curang ?? Hahahaha .. Takkan aku nak bagi jawapan kot ??? Mana boleh !! Aku lelaki .. Takkan aku nak berpaling tadah ! Mana ada lelaki curang !!!
Heh ! Hampehhhh .. Lelaki curang .. Biasanya lelaki akan gunakan , ‘ 3 lagi kosong ! Jadi boleh la kan ??? ‘ .. Eh.. sat sat .. Ini tajuk pasal perempuan .. Pasal lelaki , nanti nanti la aku buat.. tu pon kalau aku rajin.. boleh ?? Hahaha..
Wahai lelaki .. kenapa pasangan kita boleh curang , kembali melihat kehidupan seharian kita .. Bagaimana bermulanya dari celik mata hingga pejamkan mata .. Apakah kita sebagai lelaki mengambil tahu segalanya apa yang pasangan kita buat ? Apakah cukup dengan sekadar mencari rezeki dah memadai untuk menghangatkan percintaan ?
Ehem .. jangan sampai kehilangan akibat kecuaian sendiri .. Nak dapat susah .. nak hilang senang .. Dugaan semakin kuat sekarang ini .. Syaitan telah berjaya merosakkan ramai anak cucu Adam .. Jangan sampai kita pulak menjadi mangsanya ..