Memang betul katanya .. Ada manusia mmg suka mencari isu walaupun menda tu kecik jer .. Apa saja tulis , mesti nak dikontroversikannya ..
Memang betul la .. Ada menda boleh dipersoalkan tapi jangan la sampai baru tulis ‘A’ pon nak dijadikan isu ! Hampeh betul la perangai gitu ! Buruk benor !
"Setiap kali saya menulis sesuatu, ia akan menjadi perbalahan antara yang menyokong saya dan yang ingin menghentam.
"Jadi saya rasa ia adalah tidak bagus seolah-olah saya menjadi punca perbalahan kepada banyak pihak," ujarnya kepada mStar Online.
Chef Wan berkata, keputusan menutup menutup akaun Facebook miliknya disebabkan dia tidak mahu menjadi punca pelbagai perbalahan yang berlaku antara peminat di dalam laman berkenaan. lDia mengambil langkah tersebut berkuatkuasa 1 Januari 2012.
Beliau juga kesal kerana terlalu banyak pihak yang bersifat terlalu cepat menghukum atau menilai sesuatu perkara yang ditulisnya.
" Bukan sahaja cara saya mengkritik dalam MLM dihentam hebat tetapi juga paling menyedihkan saya dituduh cuba memurtadkan cucu saya hanya kerana membawanya ke majlis Hari Natal.
"Tuduhan-tuduhan begini membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk menutup akaun tersebut," ujarnya.
Sumber – Mstar
Tindakkan yang tepat ! Biar diorang rasa ! Bila nak dekati peminat , ada pulak lalat yang menghurung. Kalau nak kritik , kritik la secara ilmiah ! Ni kalau dah tersasar mengarut , aku rasa Mike Tyson pon geram woi !
Jaga muka sendiri dari sibuk dengan jerawat orang !