Aku tau .. korang senyum punya kan ? Yelah , ada orang kata .. blog yang tinggi trafik ni punya komuniti sendiri .. Kira yang keluar masuk tu geng geng tu jer ..
Mereka terlupa sesuatu .. Sebelum blog tu popular , apa taraf blog tu ? Apakah blogger tu seorang artis ? Selebriti ? Penjaga gol kebangsaan ? Mahupun adik penyanyi terkenal ?
Pastinya ada antara mereka sama seperti kita .. Orang biasa , blog pon biasa jer .. Tapi apa yang membuatkan mereka popular ? Haaa.. Part ni la kena bukak mata dik !! Tengok apakah kelebihan dan keunikkan mereka !
Kalau korang nak kata , dia cun atau kacak .. Skang ramai dah blogger cun dan kacak ! Tapi tak meletop pon ?? Haa.. Camana tu ? Yup , keunikkan blog mereka itulah yang membezakan dengan blog blog yang lain ..
Jangan cepat sangat putus asa .. Apa yang menyebabkan kita selalu putus asa dalam dunia blog ini , bab trafik ! Kita memikirkan camana nak dapat trafik tinggi macam blog popular tu sedangkan entrinya lebih kurang je kan ?
Bila kata trafik , maka akan dikaitkan dengan pendapatan dari blog .. Itulah yang menyebabkan ramai kecewa .. Bila tengok income , ciputt je.. Terus malas ..
Gini je la.. aku bagi tanah .. usahakanlah .. Tanam la apa pun kat situ atau nak buat kolam ikan sekali pon , buatlah .. Apakah esok akan keluar hasilnya ?
Gitulah blog .. Buat blog .. Dan kejayaan akan datang kemudian bila kita usahakannya .. Bagaimana ? Anda petani .. anda fikirkan caranya. Itulah keunikan dunia blog ini .. Masing masing punya cara sendiri .. Antara dosa dan pahala saja menjadi penentu ..