Terkedu aku ketika membaca tajuknya di Kosmo hari ni .. Umur dia baru 27 tahun tetapi dah kelihatan seperti 77 tahun dalam tempoh beberapa hari saja !!
Apakah puncanya ? Menurut dari artikal yg aku baca tu , segalanya berpunca apabila Nguyen Thi Phuong makan makanan laut tanpa dia sedari yang dia punya alahan ekstrem terhadap makanan tersebut dan kesannya , muka dia ditumbuhi ruam.
Kemudian dia beli ubat gatal di farmasi berhampiran rumahnya tetapi semakin teruk iaitu bengkak dan semakin gatal . Dia tak mampu dapatkan rawatan di hospital .
Dia cuba guna rawatan tradisional dan kesan gatal mula hilang tapi kulitnya mula berkedut . Pastu dia buat rawatan tradisional lagi tetapi kali ni untuk mengembalikan keremajaannya tetapi semakin teruk lagi selepas beberapa hari kemudian.
Aah.. panjangnya aku nak cerita dalam ni .. Korang beli je la eh Kosmo ari ni eh .. Tak pun google jer la .. Ada cerita dia kat internet ni ..
Moral … Segalanya pinjaman atas dunia ni . Kalau Allah nak amik balik , sekejap jeeee .. Maka bersyukurlah kita dan jauhi dari sifat riak , takbur serta bangga diri ..