Alhamdulillah .. cerekarama Al-Ikhlas semalam mendapat sambutan penonton di Malaysia. Yang menariknya , ramai mencari zikir apakah yang lagu latar sepanjang drama itu . Aku dah jangka akan ramai tertarik terutama yang muda-muda ni ..
Bagus la kan .. sekurangnya ada perubahan kesan dari drama . Tu sebabnya pembikin drama atau filem ni kena banyak selitkan dakwah di dalamnya. Bukan setakat taruk di depan karya mereka ( drama/filem) dan diakhir tayangan.. Tak rugi kan ? Deal la ngan penerbit .. Pahala tu kan Besar wooo .. Satu Malaysia tengok woo..
Antara carian semalam berkenaan drama tersebut ialah ;
Harapnya pembikin drama di Malaysia sekarang mendidik penonton kita dengan berdakwah secara tidak langsung . Drama kemasyarakatan yang biasa tapi mendalam sudah mencukupi . Elakkanlah drama yang boleh membuatkan penonton yg tidak matang terpengaruh terutamanya bab bab yang menghampirkan mereka dengan maksiat dan sebagainya .
Kreatif bro ! Inilah cabaran namanya .. Barulah dihargai peminat !