Dalam diam tak diam , 3 tahun dah aku menulis blog ni .. Dugaan ? Jangan cakap la .. Lagi teruk dari dunia nyata .. Maklumlah , ramai keyboard warriors … Tapi tak kisah la , selagi tak langgar undang-undang kan ? Part lain , sendiri jawab dengan Allah nanti . Alhamdulillah , aku punya sahabat sahabat maya yang senantiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar .
Penulis blog bukan 100% benar setiap masa. Ada kalanya faktanya tidak berasas dan buktinya tidak kukuh . Tapi itu bukanlah satu alasan utk sepak terajang blogger tersebut ! Adakah itu patut berlaku di zaman semua manusia sudah boleh menulis dan membaca ! Dalam erti kata lain , berakal dan mampu berfikiran waras .
Bukan semua orang bijak ? Yer .. Faham tapi semua orang g sekolah ! Kalau tak g sekolah , nak sentuh komputer pon takut kan ? Maka , patutkah seseorang itu mencaci maki dalam dunia maya ni seperti orang yang tidak beragama atau tidak berkewarganegaraan ?
Aku suka baca artikal di blog blog profesional seperti DRMAZA.COM .. Komen komen yang ditinggalkan oleh pembaca menunjukkan taraf pemikiran mereka . Bila aku baca di akhbar online atau artikal di Yahoo , aku tersenyum . Caci maki dan komen tidak berasas mmg banyak. Isunya lain tapi komennya ?? Itu menunjukkan cara pemikiran mereka secara tidak langsung.
Aku tak kata aku ni bagus tapi pengalaman mematangkan aku dalam dunia maya ini . Itulah yang aku dapat selama ini . Dan segala dugaan itu benar-benar membuatkan aku belajar bersabar.
Kritik , kita boleh kritik. Kita boleh tengok contoh contoh pengkritik dalam rancangan realiti tv . Bagaimana mereka memberi kritikan . Apakah perlu kritikan yang sekadar mematahkan semangat ? Kritikan yang membina ? Atau kritikan yang pedas tapi lembut ?
Baru-baru ni , ada seorang teman blogger meninggalkan komen di blog aku berkaitan isu ASTRO .. Entri yang aku buat kerana aku geram itu mendapat perhatian dia . Bila kita geram , kita terlupa untuk membuat kajian terlebih dahulu dan hasilnya pasti akan ‘buruk’.
Alhamdulillah , caranya amat berbeza dari sebelum ini . Dan aku buang entri tersebut walaupun takde kaitan dengan komennya. Kritikan yang bijak akan membuatkan blogger berfikir semua untuk menulis entrinya pada masa akan datang .
Untuk menghasilkan blogger yg berkualiti , pengkritik juga perlu berkualiti. Kalau setakat main baling batu dan lari , lalu ketawa .. rasanya tak perlu la kot buat gitu. Cam budak sekolah je perangai gitu.
Ingat , setiap apa yang anda tulis .. anda bertanggungjawab ! Samada blogger mahupun si tukang komen !