Baru lepas layan SUMPAHAN KUM KUM .. Hari ada la kawan blogger ajak g layan screening dia di One Utama tapi aku tak dapat g sbb tak sampai hati lak nak tinggal wife sorang sorang kat rumah lama lama. Mak buyung .. tau tau la kan ..
Bila dah ada di pasaran terbuka download mendownload ni maka aku amik keputusan untuk download je la .. Dan , akhirnya aku tengok gak di HTC aku dengan sistem bunyi yg menarik punyaaa .. guna earphone ! Pergh.. kualiti seperti letak speaker kat sebelah jer .. haaa.. Dolby okeh !
Hurm… Best ke ? Bagi aku sama je ngan cerita antu yang lain. Yang buat menarik tu ialah permainan kamera tu je la.. Kira kasi terkejut je laa .. Teladan atau moral dari filem ni , aku rasa serupa je dengan cerita antu yang lain .
Cuma aku pelik je la.. Kenapa dok buat cerita antu ni , mengikut jenis ? Seolah olah nak buat sejarah hantu hantu lak ! Pendidikan hantu kah ? Nak bagi sapa maklumat ni ? Budak budak zaman ni ? Hurm.. Mengimbas kembali segala kenangan atuk nenek mereka dulu ? Tak perlu la , bagi aku.
Aku rasa la kan … filem yang perlu dibikin ialah filem yang mana membuatkan penonton rasa bersemangat bila keluar . Semangat untuk maju .. Semangat untuk memperbaiki diri .. Bayangkan mereka yang patah hati atau baru kena buang kerja tonton filem bagi menghilangkan tekanan perasaan , bila tonton filem tu .. dia kembali semangat ! Macam kita penat berlari , minum 100 plus ! Kembali bertenaga !
Tak pun filem filem yang lebih kreatif dan membina minda ! Tak semestinya memberatkan otak… Cam Upin dan Ipin .. Walaupun karton tapi ada mesej yang sangat simple untuk disampaikan .Ianya cuma sebuah kisah masyarakat jer .. Haaa ..
Ramai pembikin filem kita kreatif seperti Aziz M.Osman yg telah terbitkan filem sains fiksyen yang mana bagi aku walaupun nampak cam nak tiru omputih tapi ada idea .. Apa saja filem akan tiru sana sini tapi kena la kreatif kan ?
Akan ada komen yg kata , “ Ko buat je la filem , Ben … Banyak komplen lak .. “ .. Kalau aku tak komplen , maka kita dok tang lagu tu je laaa .. Ni la gunanya blog .. Memberi pendapat dan buah fikiran . Cuma terpulang nak ikut ke tidak ..
Cuma bagi aku , untuk membazirkan RM20 ( termasuk cukai , minyak dan parking ) semata mata menonton cerita hantu yg aku tau hantunya mmg cun asalnya , baik tak yah .. Er , panggil hantu betul ? Hahahah .. Ikut kreativiti pengarah ler ..
Kesimpulan filem ni , biasa jer..