Alhamdulillah .. Hari ni projek besar aku bermula yakni projek TOSHIBA – INTEL .. Tadi aku g jumpa rakan blogger , Rebbeca untuk amik Toshiba Ultrabook PROTÉGÉ Z830 di One Utama .. Projek apa ni ? Rujuk entri INI .
Ok , aku tak nak cerita lagi pasal ultrabook TOSHIBA ni lagi . Tu entri akan datang eh ? Ni pasal blogging atau lebih tepat lagi untuk menaikkan semangat berblog ..
Awal masa aku blogging dulu , adalah kerana suka membebel dalam dunia maya ni. Tapi selepas wife bagitau aku ada blogger yg dapat macam macam kelebihan dari blogging ni , aku mula atur strategi aku.
Sasaran besar aku bukanlah blog advertising tapi company company yg punya nama. Persoalannya , bagaimana aku nak tarik perhatian mereka ?? Pergh… satu cabaran kan ? Apatah lagi dengan kehadiran ratusan ribu blogger di Malaysia ni , bagaimana aku nak tempatkan blog ni diantara yang terbaik ?
Hurm… hurm .. setiap hari aku memikirkannya .. Memang benar aku suka berblog tetapi orang kata dalam diam , budak kecik bermain bolasepak yang mana dalam diam akan menaruh harapan satu hari nanti akan dapat bermain untuk kelas , sekolah dan seterusnya wakil negeri .Negara ? Perghhh… Itu cara untuk naikkan semangat !
Apa yang aku buat ? Mungkin ada yang pandang sebelah mata bila memandang template blog aku ni .. Aku tak pikat mereka dengan template blog aku .. Sbb aku tau , banyak blog yang punya template yang cantik lagi menawan. Dan pastinya aku adalah antara mereka yang malas ‘berhias’. Jadi , apakah yang aku buat untuk menarik perhatian mereka ?
Mereka yang ikut blog aku dari mula , akan tersenyum sbb mereka tau akan jawapannya .. Mereka gelar aku gila update . Gila post . Entri mengarut . Pendek ! Tah hapa hapa.. Dan banyak lagi ..
Dan aku buktikan tak sampai 3 tahun aku dah berjaya join 3 projek besar.. Bukan riak atau bangga diri tapi aku nak kawan kawan tau , dengan semangat dan usaha , korang boleh capai apa saja yang korang nak ! Matlamat perlu ada .. Jangan tipu diri sendiri .. Kalau nak sesuatu , berusaha bersungguh-sungguh ..
Mungkin ada yang fikir trafik di blog adalah segalanya atau penulisan di blog yang berkualiti memainkan peranan .. Ya , benar tapi bukanlah 100% !!
Camana ? Korang tau jawapannya. Fikir .. Tak susah .. Korang ada ‘produk’ .. Bagaimana nak perkenalkan pada aku dan rakan yang lain ?
Yakin itu penting tapi perlu ada komunikasi !