Apa yang aku boleh kata cuma ‘WOW !’ bila guna ultrabook Protege Z830 ni .. Tang mananya wow ??
Aku tak pernah pegang ultrabook ni .. Dan kali pertama aku pegang sewaktu mesyuarat projek TOSHIBA-INTEL ni di pejabat INTEL tempohari yang mana hanya 8 blogger terpilih untuk menjayakan dan 3 darinya dari Singapura.
Dan mmg ringan giler laaa aku cakap korang ! 1.12kg sahaja yer beratnya . Dan dengan ketebalan cuma 15.9mm pasti membuatkan aku yang suka usung laptop ke sana sini , lega sangat ! Ringan dah beg aku pasni .. hehe ..
Bila dah nipis cam ni dan ringan pasti senang rosak kan ? Hehehe .. Jangan risau ..
Sewaktu taklimat serta penerangan ari tu , aku difahamkan chasis ultrabook ni diperkuatkan dengan magnesium alloy dengan rekabentuk unik honeycomb bagi memadatkan lagi chasisnya . Tak silap aku , berat yang boleh ditampung sehingga 100kg . Jadi kalau aku terduduk atas utlrabook ni , tak payah mengelabahnya .. hehe.. Lom try lagi la .. hehe ..
Internet connection ? Perghh .. serius mmg mantap ! Laju banget bila aku try bukak blog aku yang diorang kata berat sangat tu .. hahaha .. Aku try download movie … Berbeza la dari lappy yang aku guna sebelum ni .. Wife aku pon tak nafikannya sbb dia yang rasmikan dulu !
Toshiba Ultrabook Protege Z830 ni dilengkapi dengan ethernet ,HDMI , VGA , card reader , USB port , microphone dan earphone port .
Nak tau apa menariknya ? Sepanjang aku gunakan ultrabook ni , aku saja letakkan atas peha aku .. Pergh.. Tak terasa panas langsung ! Kenapa ? Yeargh.. Pengaliran habanya yang berbeza dari lappy sebelum ni ..
Kepantasan ? Dengan kehadiran processor Intel Core i7 1.80Ghz dan RAM 6.00 GB pasti membuatkan aku tersenyum senantiasa .. Tu belum lagi layan movie . Semalam tengok youtube pon dah puashati ! Sound system mmg puashati !
Bateri ? Boleh tahan sehingga 8 jam .. Dalam erti kata lain , aku puashati dengan TOSHIBA ULTRABOOK PROTEGE Z830 ni untuk kegunaan seharian termasuk blogging !
Nanti aku cerita lagi lepas aku guna betul betul ultrabook ni ..