Maaf .. itulah hakikatnya lebih lebih lagi kebelakangan ini kita dapat baca atau tonton di tv atau akhbar online .
Kalau korang rajin baca akhbar online seperti SINARHARIAN , korang boleh nampak semua ini . Apa yang aku tulis ni bukan semata mata nak malukan bangsa aku sendiri tapi mintak kau dan aku fikir sama sama .
Bukak mata .. Awal pagi , dah mengumpat sesama sendiri. Dok maki hamun walaupun dalam hati . Kan ? Betul ? Bukan tipu kan ? Bila baca akhbar online , rasa hormat pada bekas pemimpin tak kira la pembangkang atau kerajaan sekali pon , langsung takda ! Kalau membenci sekali pon , perlu ke nak maki hamun ?? Apakah rasa kita tu bagus sangat sampai nak maki orang yang dah berjasa bertahun lamanya ? Apa yang dia buat , kita tak tau 100% .. Yang tau , kita dengar cerita .. Maka , itu urusan dia dengan Allah .. Sapa kita nak maki hamun dia ? Sekurangnya , dia membawa perubahan .. Kita ? Suruh mengundi pon lom tentu nak pergi ..
Ada sekali tu aku baca di ruangan komen yang mana komen tersebut bukan ditulis oleh bangsa aku ..
“ Diorang sesama diorang pon bergaduh pasal agama .. “
Lebih kurang begitu la bunyi dia .. Nampak tak ? Pandangan bangsa lain terhadap kita apatah lagi yang sesama agama ni .. Dok solat 5 hari semalam tapi mencaci maki sesama saudara ? Apa guna solat tu ? Apa guna zikir tu ? Apa guna wirid tu ? Saja suka suka ?
Haih … Sedih bila membacanya . Yang beri kenyataan tu , Melayu .. Yang memaki kat bawah tu Melayu .. Tu je ke yang belajar kat sekolah tu ? Takde dah budi bahasa ?
Orang yg bijak , gunakan akal untuk berkata kata .. Fikir-fikirkan . Tak kira la kita parti mana sekali pon , tapi jangan lupa , kita sembah Tuhan yang sama iaitu Allah ..