Ada orang dalam mesin ATM yang keluarkan duit . Keje ikut syif .
Mesti gaji dia besar kan ? Penat tau kene gini ..
Terornya dia boleh nyanyi banyak lagi ..
Ada orang kat bawah ke eh kasi gerak kereta ni ?
Ada orang dalam mesin ATM yang keluarkan duit . Keje ikut syif .
Mesti gaji dia besar kan ? Penat tau kene gini ..
Terornya dia boleh nyanyi banyak lagi ..
Ada orang kat bawah ke eh kasi gerak kereta ni ?
Nehh .. tak minat ar ..
Cukai jalan , mahal ! Lagi pun insuran tak cover side mirror.. Tah hapa hapa kan ?
Ada blogger dah pakai dah .. Tamo pakai ! Nanti kata aku tiru dia lak
Ala .. takde lampu lip lap kat depan cam Knight Rider tu .. Tamo !
Cantik tapi nampak cam kereta mayat la pulak .. Iskh ..
Jiran aku dah beli ! Kasi kat anak dia bawak g sekolah lagi .. Kensel !
Yang ni , ok .. tapi aku tanya kat dia , ada spare part nut tiub tayar tak ? Kot kena curi ke apa kan ? Dia kata kena order la .. Makan tahun gak sebab hand made .. Kensel gak !!
Basikal ?
Confirm ! Aku amik ni je la .. Lagi pun nak g pusing pusing Putrajaya je pagi pagi .. Takkan nak guna kereta kan ?
Sebuah iklan penyembur badan lelaki yang dilakonkan oleh selebriti terkenal Indonesia, Luna Maya, Uli Auliani, Marissa Nasution dan Chantal Della Concetta mungkin berhadapan dengan pelarangan tayangan di kaca televisyen kerana aksi seksi yang ditampilkan.
Dipetik daripada detikHot, iklan berdurasi satu minit 19 saat yang hanya boleh ditonton di internet ini dikatakan mampu menimbulkan kontroversi sekiranya ia ditayangkan di televisyen.
"Sememangnya iklan yang dibuat untuk internet kerana takut ia kelihatan sangat seksi," ujar Ocke yang merupakan 'lelaki bertuah' menggunakan penyembur badan tersebut.
Dalam iklan itu, keempat-empat selebriti wanita itu menjelma sebagai 'malaikat' yang tergoda dengan haruman penyembur badan yang digunakan oleh seorang jejaka (Ocke).
Ia dimulakan dengan Uli Auliani tampil dengan pakaian seksi dan mengenakan sayap menarik selimut dan merangkak ke tubuh badan Ocke, diikuti dengan Marissa yang turut tergoda.
Selepas itu, Chantal muncul dengan membawa minum dan buah ceri. Ketiga-tiga 'malaikat' tersebut dilihat bergelak ketawa sambil berlawan bantal dan diperhatikan oleh jejaka itu.
Klimaks iklan ini dapat disaksikan dengan kemunculan Luna Maya yang tampil seksi dan berambut pendek sambil memegang span penuh dengan buih sabun. – Yahoo
Bagi aku la kan .. Iklan AXE ni mmg dari dulu seksi kan ? Camana leh masuk tv pon tak tau la.. Mungkin ada yang fikir aku ni kolot atau mengarut punya pendapat .. Apa nak buat kan ? Dengan adanya manusia kolot seperti aku ni la , masih ada manusia nak berpakaian atas muka bumi ni ha .. kan kan ?
Mana pihak penapis iklan ? OK ke iklan AXE ni ? Ops .. kalau dah keluar tv tu , ok la kan ? Kalau tak ok , mesti dah kena banned .. lupa lak aku ..
Aku cuma rakyat biasa ..
Bukan satu fantasi sebaliknya realiti . Kadang-kadang , manusia tak kira sapa pon dia , akan tertekan lalu memilih jalan singkat untuk menyelesaikan masalahnya tak kira peribadi ataupun tidak ..
Menjual dadah ! Itulah jalan paling singkat , cepat dan menguntungkan . Tanpa memikirkan kesan jangka panjang , pasti mereka akan melakukannya . Yang penting , masalah hari ini dapat diselesaikan. Masalah akan datang , selesaikan akan datang .
Mereka terlupa .. mereka ada anak atau saudara mara .. Sesungguhnya , apa yang kita lakukan hari ini akan memberi kesan pada orang yang kita sayang , satu hari nanti ..
Fikir fikirkan .. Tak semestinya dadah tau ..
Iskhh .. apa ni ?? Nak tau ? Betul ? Betul ni ? Esok aku citer eh .. tidur dulu .. ngantuk bangett ..
" Bang .. nanti singgah Caring yer .."
" Buat apa ?
" Nak beli barang skit .."
" Laaa.. Watson dekat ngan rumah kan ? Baik g sana .. ni lambat dah ... "
" Watson takde point Bonuslink .. Nak periuk diorg offer tu .. hehe "
" Adoi.. boleh pulak gini ?? "
" Arghhh .. geram aku kat sebijik kereta tu tadi .. "
" Napernya ? "
" Ko tau .. aku bawak skit punya lajuu tp kereta kat blkg aku sibuk bagi lampu suruh aku ketepi !! Aku wat dek je laa.. "
" Amboi .. berapa laju kau bawak ? "
" Laju dr biasa laa .. Dalam 80kmj ! "
" Hampeh .. Ko bawak laju tu dengan duduk kat lane kanan sekali ? Kalau aku driver kereta tu , lama dah aku langgar je kau !! Grr.."
" Err .. salah aku ke ? "
Maaf .. itulah hakikatnya lebih lebih lagi kebelakangan ini kita dapat baca atau tonton di tv atau akhbar online .
Kalau korang rajin baca akhbar online seperti SINARHARIAN , korang boleh nampak semua ini . Apa yang aku tulis ni bukan semata mata nak malukan bangsa aku sendiri tapi mintak kau dan aku fikir sama sama .
Bukak mata .. Awal pagi , dah mengumpat sesama sendiri. Dok maki hamun walaupun dalam hati . Kan ? Betul ? Bukan tipu kan ? Bila baca akhbar online , rasa hormat pada bekas pemimpin tak kira la pembangkang atau kerajaan sekali pon , langsung takda ! Kalau membenci sekali pon , perlu ke nak maki hamun ?? Apakah rasa kita tu bagus sangat sampai nak maki orang yang dah berjasa bertahun lamanya ? Apa yang dia buat , kita tak tau 100% .. Yang tau , kita dengar cerita .. Maka , itu urusan dia dengan Allah .. Sapa kita nak maki hamun dia ? Sekurangnya , dia membawa perubahan .. Kita ? Suruh mengundi pon lom tentu nak pergi ..
Ada sekali tu aku baca di ruangan komen yang mana komen tersebut bukan ditulis oleh bangsa aku ..
“ Diorang sesama diorang pon bergaduh pasal agama .. “
Lebih kurang begitu la bunyi dia .. Nampak tak ? Pandangan bangsa lain terhadap kita apatah lagi yang sesama agama ni .. Dok solat 5 hari semalam tapi mencaci maki sesama saudara ? Apa guna solat tu ? Apa guna zikir tu ? Apa guna wirid tu ? Saja suka suka ?
Haih … Sedih bila membacanya . Yang beri kenyataan tu , Melayu .. Yang memaki kat bawah tu Melayu .. Tu je ke yang belajar kat sekolah tu ? Takde dah budi bahasa ?
Orang yg bijak , gunakan akal untuk berkata kata .. Fikir-fikirkan . Tak kira la kita parti mana sekali pon , tapi jangan lupa , kita sembah Tuhan yang sama iaitu Allah ..
Waah .. rumah aku nyaris terlibat sama tapi bernasib baik tak .. Mungkin ada generator atau power dari sumber lain la kot .. Aku rasa segalanya bermula pada jam 9 lebih sewaktu dok layan Semanis Kurma. Tetiba lampu terpadam . Aku dah syak blackout tapi 2 saat kemudian , nyala semula .
Wife check kat FB , dia kata ramai kawan dia tulis status yg menyatakan blackout. Muhehehe.. Nasib baik .. Dah la lilin pon taruk mana.. Lampu suluh ? Adeh ..
Menurut sumber , pencawang TNB terbakar .. Entah betul atau tidak , aku tak berani la nak tulis kat blog . Dan ianya betul bila baca akhbar ari ni ..
STESEN pencawang TNB di Bandar Baru Bangi terbakar malam tadi menyebabkan bekalan elektrik terganggu di Bangi dan Putrajaya.
Hehe .. rumah PM pon terlibat gak .. Segalanya pulih , sejam kemudian . Alhamdulillah .. Nasib baik cepat .. kalau tak sian kat baby Ujang yang kepanasan.. Er, ramai baby lagi. Mak baby tak pe.. biasa dah panas kan ? Hehe .. Ayah , leh je bukak baju dan berkipas.. huhu .
Gambar contoh je
Sesuai tak pakaian di atas ni untuk perempuan g kerja ? Sesuai kan ? Cantik dan elegan gitu .. Bagi mereka yg kejanya deal dengan client , pasti akan tertarik dengan penampilannya dan berjaya pikat client dia tu .. Itu sudah bagus kan ?
Hurm .. Kalau persekitarannya adalah sama jantina , aku rasa takde masalah.. Kalau bukan ? Aku pasti akan mengundang masalah , akan datang ! Bukan berfikiran negatif tapi berfikiran mengelakkan masalah !
Ianya kenyataan .. peratus yang ‘ok’ sangatlah rendah berbanding yang ‘tak ok’nya dengan berpakaian yg ranggi ke pejabat. Ranggi ni , bagi aku yang sememangnya boleh membuatkan mata lelaki tak berkelip 10 saat .. Lama tuu .. Atau paling tidak pon jadi segan nak pandang…
Aku tak nak la bebel lebih .. tapi bagi mereka yang reti berfikir , fikirlah mengenai dosa pahala , maruah keluarga , maruah suami , maruah orang tuanya bila nak berpakaian yg .. korang pon tau la kan maksud aku ..
Fikir fikirkan .. Ini bukan nasihat tapi sekadar bual kosong . Dan jika suami tak kisah , bermakna dua dua tanggung dosa .. Suami tak tegur , isteri pulak tak kisah padahal memasing tahu akan hukumnya .. kan kan ? Jangan ingat isteri terlepas gitu je bila suami wat dek ..