Jam menunjukkan hampir kul 10 malam . Di Alamanda , mereka yang bekerja sebagai jurujual , mula mengemas barangan mereka. Namun masih ada yg ingin membeli .. Terdapat dua situasi berlaku tadi ..
Yang pertama , wife aku nak beli kurma..Terdengar la si penjual ni berkata pada kawan dia .. “ Yey … Nak balik dah . Tutup cepat nanti “ . Terdengar gitu , wife tanya dia samada boleh beli lagi ke tak ? Dengan muka masam dia kata boleh .. Wife beli je la. Dan masih ada orang berminat nak membeli barangan di situ dan mereka tak sabar untuk mengemasnya.
Yang kedua .. Selepas beli kurma , berjalan menuju ke tempat parking kereta . Di ruang legar Alamanda tu , terdapat satu booth jual dapur gas. Aku berjalan tanpa memandang kiri dan kanan, tiba-tiba aku disapa oleh salah seorang jurujual kat situ yg mana rakan yang lain dah pun mengemas ..
“ Bang , nak beli dapur gas ? “ .
Aku senyum dan gelengkan kepala lalu mengucapkan terima kasih pada dia.
Hurm … Orang sibuk nak balik dan dia masih mencari pelanggan .. Camana tu ? Hurm .. selagi tak cecah jam 10 , mereka tetap bekerja .. Korang rasa rasa sapa ?
Aku pernah keje cam ni gak .. Jangan la kata penat atau tak larat. Kalau penat , cari kerja lain. Ada banyak kerja lain yang tak penat. Jangan jadikan semua tu satu alasan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan. Bukan pelanggan tidak memahami tapi kena fikir la jugak .. Kalau pelanggan lari , camana nak berniaga ? Mungkin kita tak kisah tapi di mana amanah kita untuk bekerja dengan tekun sebagaimana majikan kita membayar gaji kita tepat pada masanya atau paling tidak pon membayarnya tanpa tanya ,
“ Awak buat kerja betul betul tak ? “ .
Kalau dengan sikap mistake happen atau keje pon nak kena enjoy , aku syorkan , bukak bisnis sendiri dari lingkupkan bisnis orang lain ..