Haaa .. ni mmg selalu berlaku ! Bila mak ayah membezakan anak anak mereka .. mana satu kesayangan , mana satu yg biasa biasa .. Ini mmg tak dapat lari dari kenyataan sedangkan ibu bapa tak pon nak membezakan tapi tetap berlaku juga ..
"Dia beritahu polis dia lari dari rumah sebab merajuk kerana saya melebih-lebihkan si abang daripada dirinya," ujar Rozita Che Wan kepada mStar Online menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, pada Isnin.
Rozita Che Wan menarik nafas lega apabila anak keduanya, Aniq Ezra yang dikatakan hilang sebenarnya hanya lari dari rumah akibat merajuk pada Sabtu lalu.
Rozita memberitahu, Aniq Ezra,14, ditemui di rumah rakannya di USJ Subang Jaya, dekat sini selepas aktiviti mencari yang turut disertai pihak polis dilakukan pada hari kejadian.
Berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan anaknya itu, Rozita dan pihak polis berjaya menjejaki anaknya yang memberitahu dia berbuat demikian kerana merajuk. – Mstar
Aku sebagai anak , pernah merasai perasaan itu tapi bila dah dewasa dan punya anak buah ni , baru aku tau bagaimana susahnya nak mengimbangi kasih sayang pada budak budak ni .. Tak mudah woo ..
Cikgu pon selalu gitu … ada yg terlebih manjakan budak hinggakan ada anak murid lain terasa dianaktirikan ..