Di Indonesia , Menteri Perusahaan Milik Negara, Dahlan Iskan sudah mengamuk bila melihat banyak kereta beratur panjang di Tol Semanggi dan dia pulak nak mengejar masa.
Marah kerana terlewat, Dahlan keluar dari kereta dan menyiasat pondok tol dan mendapati hanya satu daripada empat pondok itu dijaga, satu secara automatik dan dua lagi, kosong.
Disebabkan marah, menteri itu melakukan apa yang hanya mampu diimpikan oleh penduduk Jakarta yang lain, masuk ke dalam pondok tol kosong dan membaling kerusi ke atas jalan.
Apabila semakin banyak kenderaan menunggu, Dahlan terus mengarahkan atendan tol membuka palang tol yang tidak digunakan dan membiarkan pemandu melaluinya tanpa membayar tol.
Sekurang-kurangnya 100 pemandu mendapat laluan percuma.
“Saya sudah memberitahu Jasa Marga ( syarikat yang bertanggungjawab menguruskan Tol Semanggi ) beberapa kali untuk tidak membiarkan kenderaan beratur panjang di jalan bertol,” katanya.
Katanya, dia akan mengenakan tindakan dan berharap syarikat tol tersebut meningkatkan perkhidmatan mereka.
Hehehe .. cam ni laaa baru best ! Tau peritnya penderitaan rakyat .. Takde la cam Menteri di Malaysia .. Ke hulu ke hilir dengan polis trafik dengan laluan mudah jer .. Tak ‘nikmati’ erti kesesakkan lalulintas tu haaa .. Jangan marah aa.. Amik yang baik yer ..
Sumber – Hmetro.