Adoi .. Jangan malas kawan ! Nak cantik , jangan di luar saja .. Kena segalanya cantik .. Bersenam ni , bukan saja membentuk badan yang cantik tetapi sihat ! Tu yang penting woo ..
Seperkara yang aku tau , kalau ada jalan mudah utk mencantikkan badan , mudah benar laa dia ‘buruk’ nanti ! Haaa.. tu yang aku tau la. Sebab ramai yang g gym tu , amik jalan singkat , tak kekal lama punya .. Pastu kembali ke asal selepas berenti seketika ..
Aku bukanlah pakar bab ni tapi berdasarkan pengalaman sendiri serta pengalaman rakan rakan mahupun melalui sedikit pembacaan , aku nasihatkan , bersenamlah untuk mendapatkan badan yang mantap dan segar senantiasa terutama bila nak pergi kerja .. Hehe..
Ada rakan tanya camana nak bersenam dan dapatkan badan yang mantap tanpa perlu pergi gym dan membeli barang utk senaman seperti dumbell atau barbell ?
Terlalu banyak cara sekarang ni.. Antara rajin atau tidak saja untuk membuat kajian dan mencarinya di internet ataupun membaca di majalah majalah kesihatan .
Ok , aku kongsikan beberapa video yang confirm mampu memberikan pulangan yang lumayan. Aku try dah sedikit.. Berpeluh tak ingat punya ! Hehe.. Yang penting , badan terasa ringan dan sihat. Jangan kisah sangat bab ketul tu haa ..
Bila tonton video ni , jangan harapkan kesan yang pantas sebaliknya anggaplah ianya satu aktiviti yang menyihatkan .. Kesilapan mereka bila mula bersenam ni , nak kesan yang cepat ! Terus nak tengok ketul kat cermin ! Mana bisa banggg.. Yang penting , kasi peluh tu keluar haa ..