Hurmm .. hujang kat Putrajaya.. Rasanya sekitar Putrajaya pon mesti hujan gak ni .. Tengok langit , mendung jer .. Masa bangun tidur tadi , jengok kat luar jendela serasa nak cari bantal dakap balik untuk menyambungi kembali menikmati keenakkan tidur yang tak tau sampai bila akan puas .. huhu .
Kemudian siap , g antar wife ke pejabat. Dalam kereta , radio tak pasang sbb wife kata bingit .. Okla tu.. pagi pagi pon selain berita , takde apa yang menarik lagi terutama di SinarFm. Aku rasa Salleh Yakob kena cari idea lain dah. Lagu merapu tu cam tak sesuai dah. Cuba cari sesuatu yang boleh membuatkan pendengar mendapat ‘makanan minda’ di awal pagi sbb time ni la otak dok fresh sebelum sampai opis. Sampai opis , penuh dah dengan macam macam terutama dengan cerita gossip pejabat.. huhu ..
Bila dah turunkan wife , baru aku pasang radio .. Berita .. ok gak tu . Terdengar ada aplikasi baru iaitu UNLIKE PROFILE dan PRODUCT dalam Facebook .. Aku rasa am UNLIKE PROFILE ni tak sesuai digunakan la. Yelah , dalam Islam sekali pon suruh pendam je perasaan tak suka ni dari menghebahkannya. Ni terang terang terpacak muka manusia kat UNLIKE PROFILE tu , camana ? Tak ke mengaibkannya ?
Kekadang aku rasa , mmg diorang buat FB ni secara diam nak memusnahkan persaudaraan umat Islam. Walaupun FB ni ada kebaikkan tapi keburukannya lagi ketara. Bergantung pada individu ? Aku rasa kita sedang menipu diri sendiri jer .. Berapa kerat je yg benar benar menggunakannya ke jalan Allah ? Boleh dikira dengan jari sebenarnya ..