Hahahah .. apa cerita ?? Cuba baca entri ni dulu untuk mengetahui apa kisah sebenarnya dulu baru baca entri ni .. Bila nampak eksiden !
Aku nak amik gambar kereta tu sbb bagus untuk info di blog aku namun keadaan tidak membenarkan dan merbahaya untuk aku jadi aku telan air liur jer dari aku telan ubat .. hehe ..
Pagi ni , di akhbar online barulah aku dapat tau kisah sebenar apa yang aku nampak semalam yang membuatkan aku insaf 1.5 minit ..
Seorang ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Hulu Langat maut selepas kenderaan pelbagai guna Toyota Estima dinaiki bersama empat rakannya terbabas dan merempuh tiang lampu dari arah Dengkil-Putrajaya.
Kemalangan pada jam 5 petang itu turut meragut nyawa Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Umno bahagian itu, Saifuddin Kandar, 39, selepas masing-masing dipercayai tercampak dari kenderaan berkenaan.
Tiga lagi rakan mereka cedera termasuk seorang dilaporkan parah.
Difahamkan kejadian itu berlaku selepas mereka berlima dalam perjalanan pulang selepas menghantar seorang rakan yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno bahagian itu, Al Dita Aladin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan umrah. – Hmetro
Hurm .. serius , mmg teruk giler la keadaan kat situ. Kat lebuhraya tu mmg best bawak laju bagi mereka yang dahagakan darah . Yelah , clear giler situ tapi apa yang diorang tak tau , lebuhraya kat situ antara lebuhraya yg teruk di Malaysia .. Tak caya ? G la memandu sendiri kat situ ..
Aku sendiri pon takut walaupun bawak 120-140 gitu ..