Hahahah .. apa cerita ?? Cuba baca entri ni dulu untuk mengetahui apa kisah sebenarnya dulu baru baca entri ni .. Bila nampak eksiden !
Aku nak amik gambar kereta tu sbb bagus untuk info di blog aku namun keadaan tidak membenarkan dan merbahaya untuk aku jadi aku telan air liur jer dari aku telan ubat .. hehe ..
Pagi ni , di akhbar online barulah aku dapat tau kisah sebenar apa yang aku nampak semalam yang membuatkan aku insaf 1.5 minit ..
Seorang ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Hulu Langat maut selepas kenderaan pelbagai guna Toyota Estima dinaiki bersama empat rakannya terbabas dan merempuh tiang lampu dari arah Dengkil-Putrajaya.
Kemalangan pada jam 5 petang itu turut meragut nyawa Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Umno bahagian itu, Saifuddin Kandar, 39, selepas masing-masing dipercayai tercampak dari kenderaan berkenaan.
Tiga lagi rakan mereka cedera termasuk seorang dilaporkan parah.
Difahamkan kejadian itu berlaku selepas mereka berlima dalam perjalanan pulang selepas menghantar seorang rakan yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno bahagian itu, Al Dita Aladin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan umrah. – Hmetro
Hurm .. serius , mmg teruk giler la keadaan kat situ. Kat lebuhraya tu mmg best bawak laju bagi mereka yang dahagakan darah . Yelah , clear giler situ tapi apa yang diorang tak tau , lebuhraya kat situ antara lebuhraya yg teruk di Malaysia .. Tak caya ? G la memandu sendiri kat situ ..
Aku sendiri pon takut walaupun bawak 120-140 gitu ..
Mak aih .. tu tajuk ke apa ?? Panjang benar ..
OK .. merujuk pada gambar di atas , mereka yang tidak pernah bersenam , pasti akan ketawa sbb terbayangkan aksi ini di dalam tandas … kan kan ? hahaha ..
Senaman gini bagus sebenarnya. Boleh buat dimana mana saja walaupun dalam pejabat terutama bila sakit belakang dan pinggang.. Haaa .. dan bagus untuk menguatkan kaki mahupun otot perut.. Takde kaitan dengan sembelit yer adik adik dan abang abang ..
Camana nak buat senaman ni ? Haa .. senang jer.. sandar ke dinding .. perlahan lahan turun dan tangan tu diangkat juga selari dengan bahu kita sehingga kaki berada macam di dalam gambar .. Haaa..
Tangan aku tu saja aku letak gitu sbb wife lambat angkat ! Lebih 3 minit aku duduk cam tu tunggu dia snap .. nasib baik tak mengetar kepala lutut .. hahaha .. Kira dah mantap la tuuuuu .. haaha.. Sapa suruh tak g gym kan ? Haha.. guwau jer..
Sebenarnya , banyak senaman boleh dilakukan dirumah. Tak caya , cuba google .. mesti terkejut punya .. Aku sekarang ni pon cuba kembali bersenam di rumah tanpa g gym .. Sesekali je g gym terutama bila nak cuci mata .. hahaha .. Benci la tu.. hahaha .. Guwau laa ..
Ok geng.. selamat mengeletarkan kepala lutut .. Kalau mengeletar tu , tandanya kantoi laa .. hahahah ..
“ Abang , tengok ni .. Haa .. terbonjol bonjol . Dari tadi tak berenti bergerak gerak dia .. Macam dok bermain dalam tu jer .. “ , ujar wife .
Aku pegang. Terpaku sejenak . Maha Besar Allah. Betapa seronoknnya si kecil itu dalam perut ibunya. Seolah-olah tak nak keluar ke dunia ini ..
Aku pasangkan lagu . Aku tau dia suka lagu apa. ABC dan Alif Ba Ta adalah kegemaran dia dan untuk pujuk dia diam , aku pasangkan zikir saja dan terus dia kembali senyap dan perlahan saja pergerakkannya.
Tak tergambar sebenarnya perasaan aku. Esok , si kecil tu dah berusia 39 minggu dalam kandungan dan perlu ke klinik untuk menjalani ujian kesihatan.
Bila memandang perut si isteri dengan kandungan di dalam tu , aku terfikir , betapa selesanya dia di dalam tu walaupun sempit. Dan apabila lahir ke dunia , ianya sangat luas tapi tidak langsung selesa. Akhirnya kita kembali ke keadaan sempit tetapi persoalannya , selesakah kita nanti ?
Terlalu banyak dosa aku atas muka bumi ini.
“ Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya. “
Sapa sangka .. Ku bukan artis .. ku bukan ahli politik .. Ku bukan reti bergaya di dunia maya ini . Aku cuma tau taip dan angkat besi untuk simpan di tempat yang sepatutnya dan juga laki orang yg dah beruban.
Bila melihat jumlah SUBSCRIBERS di FB BEN ASHAARI aku tu , aku terharu laa .. Yelah , ada gak yang sudi ikuti perkembangan aku terutama bila aku mencarut .. eh .. mengarut di FB ni ..
Selain kat FB ni , aku juga gemar memaki hamun dengan penuh sopan santun di SANTAI BEN ASHAARI .. Ada banyak lagi sebenarnya .. Tapi cukuplah aku bgtau yang dua ni jer yer .. Nak lagi ? G cari BEN ASHAARI JR , BEN ASHAARI II .. Yang JR tu aku plan nak kasi kat bakal anak aku je untuk dia belajar menaip kat situ. Dan kat sana , ramai akak akak cun ada untuk beri tunjuk ajar .. Hancuss anak ku itu nanti ..
Kalau nak tidur tu , aku pasti selak TWITTER aku di hp dan tinggalkan kata kata wasiat seperti Selamat malam .. dan sebagainya ..
Akhir kata sebelum aku update entri lain pasni , terima kasih la buat mereka yang sudi menekan apa saja butang yg ada kaitan dengan aku kecuali UNLIKE atau UNFOLLOW .. huhu .. Makasih ya pak !
Ramai dok tanya , bila blog mereka nak aku promote ? Biasanya kalau aku nak promote dalam bentuk entri yg bertajuk Blog Pilihan ni , aku amik dari widget FOLLOWER .. Memandangkan ada ramai yang tanya , maka aku buat la segmen 2 jam tadi dan alhamdulillah , ramai yg berminat nak sertai , untuk menambahkan kenalan serta mencari info info menarik di dalam blog blog yg lebih fresh ..
Dalam segmen tu aku ada bagi satu soalan ..
Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?
Mereka telah pon menjawabnya .. Kenapa aku ajukan soalan begini ? Ada yg menjawabnya , inilah kesopanan bangsa di negara kita ni .. Aku tak bicarakan soal mana mana bangsa tapi dah jadi tabiat seperti bila makan nasi , guna jari dan bila makan mee , cari garfu. Dah dididik sebegitu rupa.
Maka bila kita tersua seseorang yg kita kenal , maka kita menyapa mereka dengan memberi salam atau selamat pada mereka . Seterusnya soalan yg diajukan adalah lebih pada bentuk ‘selamat’ sbb kita tak tau camana mood mereka , kan ? Soalan yang diajukan itu , biasa namun boleh mengundang ‘bala’ jika si dia itu , punya mulut yg celupar . Nasib baik negara kita ini , awal awal lagi dah dididik dengan kesopanan yg cukup tinggi ..
Tetapi , sayangnya makin lama , kesopanan ini semakin terhakis .. Ada yg tidak tau mana satu ketua , mana satu tua , mahupun mana satu yang masih mentah . Hurm .. Hinggakan dah terpaksa dijadikan iklan di tv ! Pergh…. semakin nazak ..
Taraf pendidikan yg semakin moden dan berteknologi tinggi mahupun pengaruh dari luar membuatkan kita semakin , celupar hati .. heheh .. kan ? Termasuk aku .. huhu ..
Didik semula hati kita dan juga berfikir sebelum bercakap. InsyaAllah , luar dalam selamat ..
“ Ben , ko buat segmen ke ? “
“ Tak la.. aku bagi anak gajah ni makan . Tak perasan ke ? “
Jom g tengok apa jawapan mereka ..
Segmen ni dah ditutup yer..
Group 1 untuk diblogwalking
Group 2 untuk diblogwalking
- …..
Tengah memandu dgn bestnya tetiba nampak byk kereta padahal biasanya lengang ..
Eksiden !! Keluarkan hp ajaib ku !!! Zass .. alamak , ada polis ! Sepantas kilat aku tarik seat belt aku .. huhu..
Jangan ikut perangaiku ini ..
Assalammualaikum,
Ko orang apa khabar?? Sihat kow? nak tunjuk something yang sedap sehingga meleleh air liuq ni....wakakaka!
Comel tak? comel tak? comel tak? harga pun berpatutan. Selain baju2 bayi dan kanak2. Product AVENT pun ada jual.
Kalau berminat boleh la grab dengan mokcik ni http://beautifulgirl84.blogspot.com/ ----> hok ni blog peribadi beliau ...cepat2! stock terhad ni. Dulu dia guna fb peribadinya (kat sini masih ada lagi stock). Sekarang beliau nak lancarkan page terbaru beliau (Silalah LIKE ye). Semua dalam page baru ni adalah stock terbaru (tapi ada beberapa stock dah abis sbb orang tempat kerja,saudara mara,jiran2 dan kawan2 beliau dah grab.hohoho!)
JOM ONLINE SHOPPING DENGAN BEAUTIFULGIRLSHOP SEKARANG!! (klik sini)
Tajuk akhbar online tu bertudung tapi aku gunakan menutup aurat sebaga satu doa buatnya .. Harapnya selepas ni ramai la dapat membezakan menutup aurat dengan bertudung periuk ..
Niatnya nak pakai tudung ni , lama dah . Dan bila dia menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung. Alhamdulillah..
“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini.
“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya pada Mstar Online.
InsyaAllah .. ramai artis yang menutup aurat , semakin melimpah rezekinya . Yang penting , berdoa , berusaha dan bertawakal . Apa saja yang berlaku , redha .. kan ?
Teringat kata seorang kawan .. Jika satu pintu rezeki tutup , 10 lagi pintu Allah buka , jika niat kita mencari rezeki itu kerana Allah ..
Dlm kul 10 lebih , baru aku dpt cakap dengan operator .. Tak kisah la kena berulang kali call memandangkan line asyik busy .. Memang busy la tu .. Operator pon cakap elok jer .. Mood ok tu .. alhamdulillah ..
Dah siap !! Zassss ... Aku terus ke JPN .. Nak segera sbb kad bank aku kan dah disekat .. Jadi nak aktifkan semula kena buat kad baru .. huhu ..
Di JPN , urusan nak amik Mykad tu cuma makan masa 5-10 minit jer .. Tak sempat pon nak kentot kat situ .. haha..
Selesai Mykad , g Maybank lak .. haha.. adoi ... Nasib baik orang tak ramai gak .. Jadi , tak sampai 20 minit .. siap kad aku .. Tolak RM12 dr akaun aku .. belasah je la..
Plan pasni , nak g Alamanda .Nak tgk movie .. Bila dah drive dekat ngan Alamanda , aku batalkan niat aku dan terus balik rumah .. Rindu kat nasi goreng sotong yg wife aku masak pagi tadi .. Huhu.. Sapa suruh rasa sesudu !! Baru padan muka aku .. huhu ..
Dan alhamdulillah .. Segala urusan hari ini dipermudahkan Allah ..
Kadang-kadang ianya tak terfikir dek akal tapi mulut gatal nak luahkan ..
“ Ben , g gym ke ? “
Dah terang terang aku masuk dalam pusat gym tu , boleh je dia tanya gitu ? Kalau mulut jahat maka aku jawab ..
“ Tak la.. ni nak g pusat urut spa .. Sakit pulak pinggang ni. Semalam g dah . Best la pulak dia urut. Nak join ke ? “
Kesilapan kita , kita tak latih otak kita agar berfikir sebelum bercakap. Yang kita latih , cakap dulu baru fikir ! Maka .. inilah kesannya ..
“ Eh, g keja ke ? “
“ Giler ke pagi pagi ni g kerja ? Aku nak g zoo la ni .. Rindu kat harimau ngan gajah. “
Maka , bermula hari ini , biar akal yang berbicara dan mulut sekadar pelepas kata .. Dalam erti kata lain , guna la otak kita tu 100% .. tak terlewat lagi ..
Bizi sajaaaaa !! Aduhhh ... Ada berapa operator la gamaknya yg bertugas kat situ ? Kang aku main serbu je ,
" Maaf cik .. kad anda belum dpt disiapkan .. "
Mau gak aku jawab nanti ..
" Jom la g dating memandangkan saya kat sini dah .. "
Tapi aku lom tahap gila gitu la .. hahahah ... Ramai sangat la tu kot yg dok call .. Sabar yer bang ..
Hurmm .. hujang kat Putrajaya.. Rasanya sekitar Putrajaya pon mesti hujan gak ni .. Tengok langit , mendung jer .. Masa bangun tidur tadi , jengok kat luar jendela serasa nak cari bantal dakap balik untuk menyambungi kembali menikmati keenakkan tidur yang tak tau sampai bila akan puas .. huhu .
Kemudian siap , g antar wife ke pejabat. Dalam kereta , radio tak pasang sbb wife kata bingit .. Okla tu.. pagi pagi pon selain berita , takde apa yang menarik lagi terutama di SinarFm. Aku rasa Salleh Yakob kena cari idea lain dah. Lagu merapu tu cam tak sesuai dah. Cuba cari sesuatu yang boleh membuatkan pendengar mendapat ‘makanan minda’ di awal pagi sbb time ni la otak dok fresh sebelum sampai opis. Sampai opis , penuh dah dengan macam macam terutama dengan cerita gossip pejabat.. huhu ..
Bila dah turunkan wife , baru aku pasang radio .. Berita .. ok gak tu . Terdengar ada aplikasi baru iaitu UNLIKE PROFILE dan PRODUCT dalam Facebook .. Aku rasa am UNLIKE PROFILE ni tak sesuai digunakan la. Yelah , dalam Islam sekali pon suruh pendam je perasaan tak suka ni dari menghebahkannya. Ni terang terang terpacak muka manusia kat UNLIKE PROFILE tu , camana ? Tak ke mengaibkannya ?
Kekadang aku rasa , mmg diorang buat FB ni secara diam nak memusnahkan persaudaraan umat Islam. Walaupun FB ni ada kebaikkan tapi keburukannya lagi ketara. Bergantung pada individu ? Aku rasa kita sedang menipu diri sendiri jer .. Berapa kerat je yg benar benar menggunakannya ke jalan Allah ? Boleh dikira dengan jari sebenarnya ..
Sebelum kawin ? Pe lagi … banyak masa nehh ..
Tak benarkan peluk lelaki lain je ke ? Yang lain tu ? Oh .. ok .. tunggu seru atau ikhlas baru buat .. kan ? Part lain , tak ikhlas tak pe .. kan ? Caiyok laaaa ..
Er .. Awal lak camana ?
Dari Mstar Online
Pelakon Scha Al Yahya, 29, tidak dibenarkan memeluk lelaki dalam apa jua adegan selepas bergelar isteri kepada Awal Ashaari, 31.
Ia adalah syarat yang dikenakan oleh Awal untuk memastikan rumah tangga yang bakal mereka bina pada 4 Mei depan berjalan dalam keadaan harmoni.
"Apabila bergelar isteri, semestinya dia (Scha) perlu menjaga nama baik suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.
"Jadi, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti iaitu biarlah tawaran watak yang diterima sesuai dengan status isteri yang dibawanya.
"Kalau boleh saya tak mahu dia berpelukan dengan lelaki lain, nampak kurang manis," katanya selepas sidang media pengumuman tarikh perkahwinan mereka di Ampwalk, Jalan Ampang di sini, Selasa.
Baby lom keluar tapi hadiah dah dapat .. Ni hadiah kedua la yang diterima kami berdua .. Huhuh.. Comel baju diaa .. Ada zirafah dan anak itik .. Waaa… cam aku je tu .. hahaha ..
Sapa bagi hadiah ni ? Ahaa .. Yg bagi ni blogger popular Malaya .. Tak lain tak bukan .. dia laa .. sapa lagi .. kan ? Ok .. ke topik lain lak .. Eh .. nak tau sapa eh ? Lupa lak .. heheh .. Mat Gebu la.. Jiran kesayangan para blogger blogger sudip .. huhu ..
Bila aku letak pic ni kat FB aku yg dah berkarat tu , ada yang terkejut .. ingat baby dah keluar .. Jgn terkujatt.. Aku lom sambut lagi laa ..
Bila mau keluar ? Skang ni dah masuk minggu ke 39 pon .. Ikut jadual , hujung bulan ni atau awal bulan depan .. Doakan-doakan la yer segalanya dipermudahkan..
Tadi masa di JPN , ada satu couple tu ngan anak dia .. Comey giler anak perempuan dia .. Huhuh.. Tu kalau antar gambar ke PA&MA tu , confirm ramai LIKE ! Kot dah antar kot ? Hehehe ..
Skang ni dok belajar tidur lewat dan alert pada bunyi .. Apa saja bunyi , aku akan terjaga .. heheh .. Mana tau nanti , baby nangis malam , aku tidur mati lak .. haaa.. Tak kes kes naya ..
Tu pasal malam semalam , aku ada dengar jiran kentut walaupun bunyi dia halus jer .. Ke aku yang kentut sebenarnya ?