Skang kat Mid Valley.. Nak shopping baju baby skit memandangkan tempoh akhirnya dah dekat iaitu Selasa ni (InsyaAllah ) dan aku sendiri pon dah terasa cam bizi je skit skang ni .. Apa yang aku bizi pon aku tak tau .. huhu ..
Pelik giler Mid Valley ni .. Kalau datang kul lebih tu , dah susah nak cari tempat letak kereta. Mungkin besar dan puas berjalan kalau shopping kat sini . huhu ..
Beli Harian Metro. Ternampak tajuk menarik mata aku. Confirm membuatkan wife semakin mengecilkan matanya bila memandang aku. Huhuh..
Ibu malang yang baru berusia 20 tahun itu dipercayai terlelap ketika menyusu.. Hurm … Kesiannya .. Suaminya baru berusia 25 tahun. Pasangan muda .. Baby tu lak baru berusia sebulan je . Bermakna si ibu tu masih dalam keadaan pantang ..
Banyak kes dah skang ni baby tersedak susu .. Pasti ibu ibu di luar sana ada sebarang nasihat untuk bakal ibu dan juga ibu ibu yg baru mendapat baby ..
Pasni aku kena jaga baby .. tapi tak la sampai tahap aku menyusukannya walaupun nampak cam ada susu .. huhu ..