Hurm .. awal pagi lagi aku dah ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk selesaikan pendaftaran junior ..
Dokumen yang aku bawak untuk mendaftarkan baby adalah seperti yang diminta.. Sampai kat tingkat 3 , JPN , terus ke kaunter pertanyaan untuk check dokumentasi .. IC aku dan wife perlu dibuat salinan la pulak .. Hurm..
Benda benda cam ni , bila tanya kawan kawan , penerangannya mmg takkan lengkap kadang kadang .. Jadi korang kena buat sedikit kajian dengan google sendiri ke JPN ..
Bila dah lengkap dokumen , aku dapatkan no giliran .. Dipanggil sudah. Tak lama sangat pon tunggu .. Maka pergilah aku dengan senangnya hati. Harap dipermudahkan segalanya.
Namun .. huhuu .. timbul satu masalah pulak .. Sijil Nikah ! Yang kat aku tu bukan sijil nikah sebaliknya cuma resit pernikahan yang aku dapat sewaktu akad nikah tu ..
Silap aku jugak .. Nak tak nak , kena balik ke Kelantan untuk amik sijil nikah tu. Tapi aku dah mintak wife aku call ayahnya di Kelantan untuk uruskan part tu. Harapnya dalam minggu depan dapat la ..
Sementara tu , pendaftaran tetap dibuat cuma tertangguh sehingga dapat sijil nikah tu. Kira rekod dah ada la dalam sistem JPN tu.. InsyaAllah .. Tapi selagi belum ada sijil nikah tu , selagi tu surat beranak dia tak dapat dikeluarkan..
Jadi sapa nama junior aku ni ? Ramai dah kengkawan dok tertunggu tunggu .. Ok laa .. Aku bagitau la yer walaupun belum keluar lagi surat beranak .. huhuh ..
Lupa lak .. Tadi nurse ada datang melawat dah baby kat rumah aku . Dia tengok keadaan baby .. Katanya dah ok skit .. Matanya pon tadi aku tengok dah agak putih berbanding semalam .. Harapnya esok masa check , dah ok ..
Ahaa .. nama dia eh ?
MUHAMMAD QHALIFF IMAN BIN SALBANI BIN ASHAARI BIN KHALID BIN ARIFFIN ..
Ingat yer nak … Bukan korang tapi anak aku tu.. kena ingat nama atuk dia ..