Malamnya begini dia .. Tapi bila siang ? Rujuk gambar di bawah ..
Kacau la camana pon.. Wat dekk je dia … Tapi bagus gak kan ? Nanti aku nak jaga , tak susah dah .. hehehe ..
“ Tidur Qhaliff.. tidur .. “
Malamnya begini dia .. Tapi bila siang ? Rujuk gambar di bawah ..
Kacau la camana pon.. Wat dekk je dia … Tapi bagus gak kan ? Nanti aku nak jaga , tak susah dah .. hehehe ..
“ Tidur Qhaliff.. tidur .. “
FACEBOOK ! Kita sedia maklum laman web sosial ni macam rantai besi kapal laut .. Kukuh , besar dan panjang berjela .. Maka kena fahamlah yang mana apa saja berlaku dalam dunia FACEBOOK ni , kita akan mengetahuinya berdasarkan notification yang kita dapat ..
Kecualilah , kita setkan serta privatekan .. Dan paling penting , kita kena tau group group mana .. Kalau tak suka , removekan diri tu dari group tu . Kalau tak , kita akan dapat pelbagai invitation dari group tu ..
Kalau dapat sekali pon , kita tak suka , perlu ke nak marah ? Huk alohhh .. Pelik laa perangai manusia gini ! Dengan satu atau dua kali klik , settle ! Susah ke ? Ayoyo ..
Kalau rasa susah , sekali lagi PRIVATEkan .. kalau malas , TUTUP jer akaun tu haaa .. Tak perlu nak tunjuk angin kat orang lain ! Caitt .. Memalukan ! Macam la bayar guna FB ni haaa ..
Esok balik Putrajaya dah .. Nak balik sini , lepas launching satu produk baru Toshiba iaitu 16hb nanti .. Sekarang baru 5hb .. waaahh . lama tuuu .. huhu ..
Alhamdulillah .. rezeki jadi blogger ni tak putus putus apatah lagi sejak kehadiran Qhaliff . Rezeki dia la ni .. hehe ..
Esok , naik bas lagi.. Huwaaaaa .. Nak naik kapal terbang , boring ..Naik tu , ok .. dalam tu yang buat boring .. Tak berkembang minda .. hahaa .. Bas , lenguh .. hahaha ..
Pasni drive je la .. leh pusing Terengganu .. Er , sorang sorang ?
Alang alang mandi , biar sampai basah ! Masalahnya , kalau cuma ada sebaldi air , 10 orang ada kat situ , sapa yang dapat semua air tu ?? Takkan pakat gaduh ? Ketua kampung nak kasi kat sapa ?
Bahagikan sama rata.. Biarpun tak basah tapi dapat la jugak kan dari takde langsung ..
Teringat zaman aku mengajar dulu .. Mengajar murid bermasalah ni , sangatlah sukar .. Tapi nak dibiarkan , terasa berdosa sungguh .. Nak ajar kasi lulus ujian , dah tau keupayaan mereka .. Jadi apa yang boleh aku buat , ialah ajar kasi boleh membaca dan mengira .. Sekurangnya nanti tak la sesat atau di tipu atas dunia ni ..
Malangnya , ada pendidik yang lebih gemar mengajar anak murid mereka hanya untuk lulus ujian .. Apa jadi pada mereka satu hari nanti ?
Kita dah dapat jawapannya pon sekarang ni ..
Kreativiti membawa anda ke satu tahap yg tak mungkin dicapai oleh mereka yg malas berfikir .. Jangan gelak kerana ianya tak mustahil boleh berlaku..
Dulu , bila ternampak orang cakap sorang sorang , kita kata giler.. Sekarang ni , majoriti manusia atas muka bumi ni dok cakap ngan besi di tangan ..
Star Wars .. satu projek yang dikatakan giler .. Apa kes sekarang ? Dan banyak lagi.. Segalanya bermula dari imaginasi dan jadikan realiti..
Aku sendiri pon tak sangka leh jana pendapatan melalui blog .. Tapi aku mmg ada angan-angan .. Heheh ..
Mintak sokongan skit .. UNDI BENASHAARI.COM di DIGI WWWOW – BLOGGER OF THE YEAR .. KLIK .. http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE .. tu je.. Terima kasih :)
Sapa rasa dia punya dah tahap gini ? Kalau gini punya tahap pon dia masih pakai , sahih dia mmg jenis penjimat. Kira ada Haji Bakhil pon tewas la dengan dia ..
Kalau corak belang atau harimau bintang , tak tau la camana aku nak gelak !
Jangan lupa UNDI BENASHAARI.COM di DIGI WWWOW – BLOGGER OF THE YEAR .. KLIK .. http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE .. tu je.. Terima kasih :)
Dengan sekali lafaz, pasangan selebriti Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal), 30 dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha), 29 selamat diijabkabulkan pada Jumaat, malam.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside di sini, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9.15 malam.
Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.
Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus. – Mstar Online
Selain mas kahwin berjumlah RM2,050 , Scha turut menerima wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada set barangan Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sepasang persalinan, sepasang kasut Christian Louboution dan beg tangan Dior, kurma dan kek.
Manakala Awal menerima sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet Bottega Veneta, sepasang kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sepasang baju Melayu, coklat dan kek. –Gua.com.my
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat ..
Jangan lupa UNDI BENASHAARI.COM di DIGI WWWOW – BLOGGER OF THE YEAR .. KLIK .. http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE .. tu je.. Terima kasih :)
Sejak ada kat Kelantan ni , budu adalah antara hidangan wajib ada .. Dicicah dengan ulam , makan malam anda pasti menyelerakan ..
Ada yang letak lada dan limau untuk melazatkan lagi rasa budu tu .. Ikutkan , ada dalam tu tapi dah buang limau tu sbb dah abis diperah.. hehe ..
Tak makan budu ? Hehe .. Kenapa ? Baunya ? Entah la.. aku dulu pon tak makan budu , cencaluk, tempoyak , sambal belacan dan macam macam lagi ! Tapi bila dah rasa .. perghhhhhhhhh .. Tak cukup pinggan aku tambah ! Siap guna periuk woo ..
Ok , nak tipu pon berpada pada la kan .. Tapi , mmg aku suka makanan tempatan . Malangnya , aku kena jaga pemakanan aku memandangkan aku ada .. huhu .. tau kan ? Bukan siplis laaaa .. Darah tinggi .. Aiyooo ..
Ni jiran aku punya yang sering kena kebas ! Hahahaha ..
Kalau blogger tu lain laa kan .. Memang perit laa .. Takat ahkbar tu, takkan nak berkira ? Hahaha ..
Tapi tak kisah la.. diorang pon berhak atas hak diorang kan .. Cuma ada spesis yg tak reti bahasa , amik hak orang tak reti nak bagi kredit ! Pastu claim kata sendiri punya .. Tu lagi hampeehh !!
Alhamdulillah ..
Sejak semalam , panas di Kok Lanas .. Muka aku mmg meleket memanjang .. Kena rajin mandi je.. Kat rumah pon pakai seluar paras lutut je.. Kalau tak , mmg aku sentiasa berjubah je .. Ecehh .. Poyoss tull .. Takde makna laa.. pakai tracksuit je.. Tak layak pakai jubah ..
Tadi ada buat entri pasal panasnya di Kelantan skang ni .. Allah mendengar rintihan aku .. Alhamdulillah .. Syukur padaMu .. Hujan dah turun dengan lebatnya.. Rasanya tak la tahap banjir punya .. InsyaAllah ..
Terus sejuk cuaca di Kok Lanas skang ni .. Huhuh.. Harapnya , Qhaliff malam ni pon dapat la tidur lena.. Dah dua malam dia tidur kul 4 pagi .. Paginya lena semacam jer .. Tengah malam lak berjaga…
Sekejap je masa berlalu . Hari ni Jumaat dah .. Esok Sabtu dan Ahad , berangkat pulang . Naik bas .. 8 jam lagi ! argghhh .. tensii .. Tapi naik kapal terbang , boring la pulak .. hehehe ..
Sepanjang kat Kelantan ni , aku langsung tak usik ‘besi’ atau wat senaman langsung .. Kasi rehat badan .. Makan ? Jangan citer laa.. pantang nampak budu .. Rembat ngan ulam sekali .. Tapi tak la banyak mana pon makan .. Tetap jaga disiplin ..
Menariknya , sepanjang aku kat sini .. berpeluh sakan .. Nun kat kaki , senantiasa berpeluh.. Bila dapat mandi , nikmatnyaa.. perghhh .. Baru terasa kesejukkannya .. 5 minit kemudian , peluh semula ..
Mungkin bagi orang yang duduk kat sini , dah biasa dengan cuaca begini . Aku tak la kata Kelantan ni panas terik tapi bahang dia sama cam nun kat Putrajaya tu cuma ada beza sedikit ..
Tapi bila hujan , perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh … tak yah aircond aihh .. confirm lenaaaaa …
Takat suhu yang aku dah catat , malam pun antara 32.4 darjah cel gitu .. Kalau kat Putrajaya , malam antara 29 gitu ..
Manja sangat badan aku nehh .. huuh..
Jom ..sapa lom undi la benashaari.com ..KLIK .. http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE .. tu je.. Terima kasih :)
Hahahaha … bagi mereka yang suka ikut sangat perkembangan gadget ni , pasti akan teruja sedikit dengan kehadiran S3 ni ..
Apa kelebihannya Samsung S3 ni ? Kalau dari segi spec dia , mmg terkini la ..Itu pon dari apa yang aku baca la .. Aku tak leh nak kata lebih sangat sebab tak pernah guna lagi hp jenama Samsung ni .. Tapi aku pasti tau ramai perempuan akan teruja dengan S3 ni sbb color dia yang cun ..
Dua color yg mmg mengancam .. Tapi kalau buat warna pink , Samsung S3 ni tak nampak executive dah .. Yang ni , kira nak bawak masuk meeting , confirm mata rakan akan menjeling punya laa..
Nasib baik aku pengguna tegar HTC .. hehe .. Tapi kalau nak kasi , aku on je .. hehe ..
Jom ..sapa lom undi la benashaari.com ..KLIK .. http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE .. tu je.. Terima kasih :)
Malaysia kini mempunyai kereta Lamborghini sendiri dengan terlancarnya "supercar" yang direka khusus untuk pasaran tempatan.
V10 berkuasa Gallardo MLE adalah hasil kerjasama antara Lamborghini Kuala Lumpur dan syarikat itu di Italic, Automobili Lamborghini SpA . Pengerusi Lamborghini Kuala Lumpur Chut Nyak Isham Nyak Ariff berkata model yang hanya terdapat di pasaran Malaysia ini akan mempunyai 20 unit yang dibina khas.
Enjin V10 5.2 liter boleh mencapai sehingga 550hp maksimum dengan kelajuan tertinggi 320kph. Ia boleh memecut dari keadaan pegun sehingga 100kph dalam 3.9 saat.Harga di atas jalan ialah RM1.68 juta tanpa insurans.
Model baru boleh didapati dalam tiga warna - Bianco Monocerus (solid putih), Verde Ithaca (mutiara hijau) dan Arancio name (mutiara oren) . –
Sumber : MStar Online
Gambar : Paultan
Ari tu aku dah buka untuk masuk ke dalam bloglist blog aku . Hari ni , kita tukar antara kita.. Maksudnya antara blogger sendiri laa .. Aku tak terlibat dah .. Tapi kalau nak letak blog aku , comeyyy laa korang neh .. hehe ..
Memandangkan segmen ari tu yang mana dah tamat pon tempoh kontraknya , korang leh la buat yang baru .. Ok pe ? Sapa yan rajin update , dapat la apa yg dia nak.. Yang kurang tu , tak leh nak tolong la den ni haa ..
Sebelum tu , aku mintak tolong dulu . Leh ? Klik link ni http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE .. tu je.. Terima kasih :)
Dah ? Jom mula .. Dalam segmen ni , setiap blogger yang terlibat perlu buat group bloglist yang baru .. Ok ? Bagi aku , pertukaran bloglist ni mmg berbaloi la .. Terbukti memberi kesan pada blog blog yang baru nak mencari tapak untuk mengembangkan lagi sayap mereka .. Eceh ..
Caranya ? Ikut je arahan kat bawah ni . Wajib ke buat entri ? Yup , sebagai tanda persetujuan untuk menyertai pertukaran link ni .. Kira cam ada kontrak laa .. ok ? Jom … Mula- mula ..
Bahagian penting !
“ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “
Dan jika blogger tersebut bersetuju , maka sila balas kembali lawatan ke blog mereka dan tinggalkan komen di entri segmen ini dengan ayat ..
“ YA . SAYA BERMINAT DENGAN TAWARAN ANDA “
Selesai perjanjian , maka masukkan link blog masing masing ke dalam bloglist tersebut dalam tempoh 24 jam. Selepas 24 jam , kembali pastikan link anda dah dimasukkan . Jika tiada , sila kembali tanya pada blogger tersebut. Jika tiada respon, remove link dia ! Senang citer .. Tak yah gaduh gaduh .. ok ?
Setiap bloglist boleh memuatkan lebih 200 blog. Maka pandai pandai la pilih yer ..
Bloglist yg dah diwujudkan itu akan kekal sehingga hujung JUN 2012 dan selepas tamat tempoh perjanjian , blogger ada hak untuk hapuskan bloglist tersebut berdasarkan persetujuan di segmen ini . Cam lawyer lak aku… hehe..
Pertukaran link blog ini adalah salah satu usaha untuk menambahkan dan menukar pembaca di kalangan blogger sendiri. Ini bukanlah satu segmen utk tarik trafik atau untuk jadi popular .
Dengan cara ini juga diharap dapat meningkatkan lagi semangat blogging .. InsyaAllah ..
Aku sekadar membantu .. Bloglist aku ? Padat dah.. ni pon berat dah pon masa loading..
Tamat segmen ini , jam 11.59 malam , 4/5/2012 . Tiada penyenaraian list dibuat . Geledah je link kat ruangan komen ni yer ..
Terima kasih ..
Ikut perasaan ! Kita selalu terikut sangat perasaan bila marah. Sesuatu yang mmg tak boleh nak ubah. Yang pasti bila dah berlaku , baru nak menyesal !
Menyesal tiada guna lagi !
Baru berlaku pada seseorang yang aku kenali . Dia telah ditahan polis atas kerana pecah masuk rumah dan pukul orang . Itu yang aku tau la..
Menurut sumber , dia geram kerana orang yang dia pukul tu buat sesesuatu yang tak senonoh pada isteri dia . Si isteri mengadu la kot .. Terus dia naik anin .. Camana yang dia buat tu , aku tak pasti laa .. Tapi yang pasti , dia dah ditahan polis dan memerlukan sejumlah duit untuk dikeluarkan dari lokap.
Manakala si isteri lak sedang sarat mengandung ! Hurm .. Sekarang camana ? Kalau tak bagitau , salah .. Bagitau , suami lak terikut perasaan .. Sekarang sapa nak tanggung isterinya serta anak anak yang masih kecil tu ? Bukan sorang dua nak tanggung !
Berbaloi ?