Hurm .. selsema Qhaliff .. tidur pon tak lena .. hurmm
Letak dah pon kunyit kat batang hidung dia tu ..Kalau takde projek Isnin ni , lama dah aku gerak ke Kelantan ..
Dasat tul penangan anak ..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Hurm .. selsema Qhaliff .. tidur pon tak lena .. hurmm
Letak dah pon kunyit kat batang hidung dia tu ..Kalau takde projek Isnin ni , lama dah aku gerak ke Kelantan ..
Dasat tul penangan anak ..
“ Seorang budak Uganda kini bertarung dengan maut selepas kakinya membengkak secara misteri sehingga terlampau besar.
Baru berusia 10 tahun, Vincent Oketch kini hanya mampu duduk atau berbaring di katil kerana saiz kakinya menghalang dia berjalan.
Keadaan itu juga memaksa Oketch mengenakan pakaian budak perempuan atau skirt bagi menyesuaikan saiz kakinya. Doktor di Peta merayu kepada pakar perubatan antarabangsa supaya membantu mengubati Oketch kerana mereka yakin, jika lambat dirawat, budak itu mungkin meninggal dunia.
Bapa Oketch, Tito Opoya, berkata keadaannya itu sangat mengecewakan kerana anaknya menjadi bahan cemuhan apabila berpakaian seperti budak perempuan. “ – Hmetro
Apakah alasan kita untuk tidak bersyukur ? Apakah alasan kita untuk tidak bersolat ? Apakah alasan kita untuk tidak mahu menutup aurat ? Kurang sempurna ? Tidak cukup makan ? Tidak mampu melihat ? Tiada anggota tangan untuk memakai pakaian yang sempurna ? Apakah alasan kita untuk kita beritahu pada Pencipta , yang kita belum bersedia lagi untuk menurut perintahNya ?
Kita sombong dan riak sebenarnya sehingga lupa nak mensyukuri pemberiaanNya.
“ Haaihhh .. mana pulak ubat gigi neh !! “ . Hati dah mula geram . Asyik nak geram je sejak berpantang ni .. hahaha ..
Sms wife tanya lokasi ubat gigi .. Dia jawab , kat tempat biasa .. Aiyoo .. suka suka je tempat biasa .. Aku dah geledah abis dah tempat biasa ni .. Tak jumpa gak ..
Cari sekali lagi ..
Dalam kepala , terbayang ubat gigi yang dah dibuang kotaknya .. Jawabnya.. sampai kiamat la tak jumpa !
“ Bang , saya okeh je.. Nak letak apa pon kat rumah ni , saya ok .. Tapi yang tak ok , orang rumah .. Dia yang kawal keluar masuk duit . Jadi , apa apa ,abang berurusan je la ngan dia . Kang kalau saya yang pilih , dia tak berkenan , satu hal lagi kan ? “.
Kenapa gitu ? Apakah si suami yg bergelar pemimpin tidak mampu buat keputusan ? Rata-rata lelaki yang bergelar suami ni , akan menyerahkan keputusan bab beli membeli ni ke tangan si isteri kerana mereka yakin si isteri lebih bijak berkata-kata serta tau nak menawar berbanding suami ..
Ye kot ? Aku mmg malas nak tawar menawar … Bukan pe , aku pon dikategorikan juga sebagai peniaga .. hehe .. Jadi tau la camana situasi tu ..
Tapi bukan la semua lelaki akan menyerahkan bab ni pada orang perempuan. Ada yang tak nak orang perempuan pegang duit .. Mungkin sebab dia tau orang rumah dia boros ? Huhuh..
Cuma satu masalah yang boleh timbul .. Ada si isteri mula berkira nak keluar duit terutama bila si suami mintak untuk berikan pada mak ayah .. Yup , ianya satu realiti ..
Hurm.. sbb tu ada lelaki , punya akaun simpanan sendiri kot .. hehe .. Tau tau , ada je benda dia beli .. Tau tau , dah nikah lagi .. hahahaha ..
Keluar dari rumah .. Plan nak print , sign dan fax semula .. Settle keje aku. Secara tidak langsung , aku dah sign kontrak untuk menerima pelbagai advertorial sebuah company ni .. Bayaran , lebih dari gaji aku dulu .. Alhamdulillah .. Ada gak orang pandang blogger cam aku ni kan ?
Lokasi aku , cyber cafe yang terletak di Presint Diplomatik .. Adik yang jaga cc ni , ok la orangnya. Lagi mesra dari sesetengah staff LRT yg bertugas di kaunter tiket tu ..
“ Yer bang .. “
Aku jawab.. aku nak print dan fax .. Sehelai print , 50 sen .. Aku print 4 helai .. Untuk fax , dia kata RM2 .. aku tak pasti la harga tu untuk sehelai atau sekali fax .. Bagi aku , ok la … asal keje aku settle ..
Bila aku cari no fax , takde pulak . Aku baca semula antara arahan yang terdapat di kertas yang aku print tadi…
Scan pon boleh , dia tulis situ .. Owh … Scan je la kalau gitu .. Aku tanya adik tu , harga untuk scan .. Adik tu warning aku awal awal . Hahaha ..
Sehelai RM2 .. hahahah .. Bukan salah dia pon.. Dia bukan tokey .. haha… 4 helai , RM8 .. campur print tadi, RM10 .. Wowww weee wuuu … Cam ni punya gaya , aku pun nak bukak CC .. huhu ..
“ Tak pe la dik , .. abang balik abang lukis je kat photoshop .. pastu email je semula kat orang tu.. Selamat RM8 .. “
Bukan kedekut .. tapi adakalanya jangan terlalu anggukkan kepala .. adehh ..
Hurm.. 2 hari gak aku tunggu sampah yang aku letakkan di depan rumah aku tu , dikutip .. Risau ada gak di dalam hati aku sbb aku ada buang pasu pasu bunga tu .. Masalahnya , ada yang aku letakkan dalam kotak dan ada yang aku letakkan di dalam plastik ..
Keadaan sebelum lori sampah datang untuk kutip sampah ..
Yang tinggal , cuma kotak ni jer ! Apakah mereka cuma kutip apa saja sampah yang diletakkan di dalam plastik sampah saja ? Kalau kotk begini , camana pula yer ?
Hurm.. nampaknya aku kena guna banyak plastik hitam untuk membahagikan sampai sampah yang ada di dalam kotak tu atau , aku buat ke seperti gambar di atas .. Letak plastik hitam kat bahagian atas tanda ,
“ Bang , ni pon saya nak buang .. Tolong kutip sekali yer .Terima kasih.. “
Tak salahkan mereka pon .. Aku je kot tak tau prosedur membuang sampah .. Huhuh .. Nak cari tong sampah besar kat area Putrajaya ni ,bukan mudah ..
Apa pon , terima kasih la yer kerana sudi kutip sampah depan rumah saya ni haa ..
Kalau kotak ni tak dikutip gak , esok aku cerai beraikan dia .. Huhuh ..
Aku tau sangat bila ada blogger keluarkan kenyataan begini .. Aku tak salahkan dia kalau dia berfikiran begitu. Mungkin dia belum arif lagi mengenai dunia penulisan blog ni .. Maksud aku , dari sudut citarasa pembaca blog ni , dia perlu tau dan kaji , apa yang mereka suka baca dan tidak ..
Kalau kita rajin blogwalking , kita akan dapati blog blog yang tinggi trafik atau ramai pembaca ni terdiri dari blog blog hiburan . Cerita je pasal artis , blog dihurung punyalah ! Cerita pasal politik , komen caci maki confirm ada punya .. Cerita pasal fesyen , puji memuji pasti ada .. Cerita pasal kehidupan ? Hanya pembaca setia saja sudi meninggalkan komen .. hehe . Tu belum nak cerita pasal bini no 2 , 3 atau ada yang sanggup terbitkan blog cerita cerita seks atau lucah .. Haaa.. Ops , blog infomasi pon ramai .. Sama gak blog copy paste.. hehe ..
Kalau blog gitu , tak heran la kan kalau trafik dia beribu ribu. Camana pulak dengan blog blog peribadi ni ? Yang dok cerita pasal makan , minum , sakit perut atau datang sengugut ? Sapa nak baca ?? Ada ke nak baca ? Kalau ada , mesti pelik kan ? Entri macam tu pooon ada yang nak singgah baca dan komen ! Mentang mentang la blogger top .. cerita apa saja , ramai baca n komen ! Camana pulak yang tak top ni ???
Blogger yang tak top ni , satu je aku nak pesan .. Kasi la top .. Ingat blogger yang top ni , lahir lahir terus top ke ? Diorang pon usaha dari bawah untuk naik..
Satu lagi pesan aku eh ..
Apa yang membezakan antara blogger A dan blogger B , ialah penulisan ! Pembaca mempunyai citarasa yg berbeza beza . Ada yang gemarkan penulisan yang bercorak RILEKS dan ada yang lebih sukakan INFORMASI .
Tiada istilah penulisan SAMPAH dalam mana mana blog kecuali dia menulis untuk mencaci maki orang lain . Jika dia menulis untuk meluahkan peraasaan atau meLOGkan kenangan , maka itu adalah haknya.
Jangan lupa , blog adalah LOG atau DIARI seorang pengguna internet ..
Antara nak letak grill atau buat renovation ?
Baru balik dari rumah baru aku nun di Bandar Baru Salak Tinggi. Plan nak pasang grill di bahagian belakang rumah untuk sementara waktu .
Nak renovate bahagian dapur adalah keutamaan wife.. pastu nak letak kitchen cabinet.. Aku lak , nak lebihkan bahagian ruang tamu .. Keselesaan sewaktu nak berehat .. Kalau rumah selesa , nak lepak rumah pon best kan ..
Aku tengok rumah rumah jiran , ramai dah buat bahagian belakang. Hurmmm … Nak buat tapi tunggu dulu.. Tak nk kelam kabut sbb nanti tah apa apa jadinya.
Lagi pun , wife masih kat kampung . Kang aku buat , dia lak tak berkenan , masalah gak .. Jadi buat sementara waktu ni , pasang grill dulu laa ..
Yang akan pasang ni , En.Zaki .. Menurut kawan yang syorkan , En.Zaki punya hasil kerja , kira puashati la.. Tu yang aku amik tu. Kadang kadang , kita nak pilih orang pon , kena tengok kiri kanan. Salah tengok , garu kepala gak .
Bahagian dapur , tunggu dulu eh.. Kasi ada idea dan duit lebih skit , baru leh cerita .. Kang , kata RM20 ribu , bila dah mula buat , ada je penambahan sana sini .. Mau gak tak siap nanti ..
Assalammualaikum dan salam sejahtera ... Apa khabar rakan-rakan pembaca sekalian ...
Pada hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan rakan-rakan sekalian bahawa ada kempen "Jom Tukar Emas Dengan Public Gold" ... Ambil lah peluang untuk menggandakan keuntungan
Pembacaan seterus nya (sila klik di sini)
Sering kita dengar , bila berlaku kemalangan kapal terbang maka ada ada pihak tertentu akan mencari KOTAK HITAM atau BLACK BOX .. Apa tu ?
Dulu aku ingat , kotak hitam ni cam briefcafe tu haaa .. Tapi janganlah kita biarkan ketololan kita tu , menguasai kita.. GOOGLE la cari jawapannya .. kan kan ?
Jom kita baca sedikit info secara umum mengenai BLACK BOX ini ..
Kotak hitam atau black box adalah kumpulan peranti yang digunakan dalam bidang pengangkutan.Umumnya merujuk kepada perakam data penerbangan atau flight data recorder (FDR) dan perakam suara kokpit atau cockpit voice recorder (CVR) dalam pesawat terbang.
Fungsi dari kotak hitam sendiri adalah untuk merakam pembualan antara juruterbang dan pengawal lalu lintas udara atau air traffic control (ATC) serta untuk mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca sewaktu penerbangan.
Walaupun dinamakan kotak hitam tetapi sesungguhnya kotak tersebut tidak berwarna hitam dan ianya berwarna jingga (orange). Warna yang terang ini memudahkan pencarian jika pesawat itu mengalami kecelakaan atau kemalangan
Biasanya terdapat dua unit kotak hitam yang diletakkan pada bahagian depan pesawat dan bahagian ekor pesawat, yang mana merupakan bahagian yang mudah untuk ditemui dan juga bahagian yang dikatakan kukuh pada badan pesawat.
SUMBER – Wikipedia.
“ Hurm .. kawan kawan , dapat sambung belajar .. Aku , masih kat sini .. kerja kerani jer .. Hurm.. Sampai bila aku nak jadi begini ?? Bosan .. Baik aku keluar merayau. Keje camni , sampai bila pon tak kaya .. “ .
Kalau begitulah sikap kita .. maka sampai bila bila kita berada di situ gak .. Takkan maju walau selangkah !
Ada seorang kawan aku .. Mengeluh mengenangkan nasib dia seolah olah berada di bawah orang lain .. Malu , segan .. terasa diri tersangatlah ‘sampah’nya ..
Tapi apa yang kita terlupa , sampah masakini boleh dikitar semula ! Kita jangan lupa , kita ini ciptaan Allah . Ada akal , ada kudrat ! Apa yang perlu kita buat , gunakan ..
Malangnya , ada yang tak mampu jugak bergerak .. Kenapa ? Aku rasa jawapan dia ialah .. MALAS dan MALU ! Kalau berjaya tolak tepi kedua ni , aku rasa .. dia dah mulakan langkah pertama untuk berjaya dalam hidup !
Dan jangan lupa , kejayaan kita diatas muka bumi ini bukan diukur dari berapa banyak harta yang dikumpulkan .. Berapa banyak gelaran yang diperolehi .. Sebaliknya , kejayaan kita itu diukur betapa kita berjaya menjadi hambaNya yang beriman dan taat .. Jika kita hayainya , insyaAllah ..sukar camana pon dugaan mendatng, kita akan tabah melaluinya ..
Segalanya adalah dugaan di atas muka bumi ini ..
Hurm… Wife antar mesej bagitau Qhaliff selsema .. Hurm .. Rasa cam nak balik gak Kelantan malam ni .. Huh ..
Patut ramai parents pening kepala bila anak mereka sakit . Mereka rela sakit tu , dipindahkan pada mereka dari tengok anak mereka sakit .. Hurm.. Sampai gitu sekali kan kasih ibu dan ayah ni ..
Kasih anak lak ?
Yummy .. Mula mula masuk cafe ni , aku terkedu dengan susun aturnya . Sangat menepati citarasa aku iaitu SANTAI ! Pandang kiri kanan . tak rasa nak kekok la .. mmg santai sini .. WiFi pon ada disediakan .. Kira leh lepak lama sikit sambil online .. Jadi sesuailah untuk aku menjamu selera untuk tengahari tu ..
Apa yang istimewanya kat sini .. Haa .. Memula tu aku ingat , kat sini yang dihidangkan mesti teh jer ... Jadi , takde la nak terasa teruja nak ‘makan besar’ pon kat sini ..
Tapi bila aku tengok kad menu dia .. Gulp !!
Wow !! Macam macam ada wooo .. Dari mee goreng hinggalah ke makanan barat ! Haa .. Jangan pandang ringan , okeh ! Heehe .. Jadi apakah yang aku pilih ? Hurmmm .. Bila tengok jam , masa untuk makan tengahari ..
Aku order Marinated Salmon Fillet dan .. teh tarik float ! Weeee ...
Aku adalah manusia yang jarang minum teh tarik ! Tapi aku tau kat sini dan tehnya adalah dari teh yang bermutu tinggi serta berkhasiat ..
Aku rasa .. Yup !! Berbeza dari teh tarik yang biasa aku minum .. Tak la manis mana pon.. Yang buat manis tu , aiskrim yang ada di permukaan atas teh tarik tu .. Tak terasa manis sangat .. Dan , aku habiskan .. Pastu order teh misai kucing lak.. Weeee ... hehehe ..
Manakala , kawan kawan aku yang join hari tu order gak makanan mengikut citarasa memasing ..
Dan macam macam lagi ada ! Kang aku letak gambar dalam ni , ada lak yang terliur masa ni gak ! Hehehe ..
Selesai makan , aku pusing pusing dalam cafe tu .. Tinjau teh teh yang ada dijual di situ .. Huhu.. Tak payah g Cameron Highland untuk dapatkan teh bermutu tinggi ni .. G je ke 28, Jalan Telawi 5, Bangsar.. Dekat je pon .. Cari McDonalds kat area Jalan Telawi tu , haaa .. Berhampiran dah tuuu ..
Kalau tak nak makan yang heavy sangat , boleh la cuba kek yang terdapat di cafe tu .. Tu la aku kata , macam macam ada !
Selesai makan dan minum di Cameron Valley Tea ni , kitorang ke BUBBLES lak .. Weee ... I likee .. Nanti nak ajak wife n my baby , Qhaliff bersantai kat sini ..
https://www.facebook.com/CameronValley
"check out the FB page for meal deals!"
Hurm .. buat anak , mmg sedap .. Dapat anak , mmg seronok .. Nak besarkan anak , lom tau lagi camana lak ..
Zaman ni , ramai yang belum sedia lagi sebenarnya nak bergelar bapa atau ibu . Menikah bagi mereka , semata mata nak menyatukan mereka. Kehadiran cahayamata , belum tentu menambahkan kebahagian antara mereka berdua ..
Maka bermulalah episod anak terbiar .. Si ibu saja sibuk mencari nafkah buat anaknya agar terus membesar dengan sempurna. Manakala si ayah , cari rezeki untuk isi perut sendiri ! Kemudian habiskan masa dengan melepak bersama kawan sambil rokok di jari . Anak di rumah , tak da sapa peduli ..
Apa cerita ??? Masa nak beria sangat sampai sanggup bunuh diri.. Dah dapat , serupa ular lidi ! Bertelur pastu larikan diri. Anak , cari makan sendiri !
Cinta tak semestinya disatukan. Mungkin ada yang belum bersedia walau zahir nampak matang tapi hakikatnya , masih tak abis enjoy ..
Cantik .. Untuk projek ni , mungkin 2- 3 bloggers terlibat kot .. Sapa ?? Lalalala ..