Baru balik dari lepak kedai mamak .. Makan roti canai telur .. Seperti biasa , keseorangan .. Minggu depan , baru bertiga kembali . hehe .. InsyaAllah ..
Teringat kembali tadi ada seorang rakan blogger pm aku di FB dan bertanyakan pendapat mengenai blognya .. Apa pendapat aku mengenai blognya ? Apa yg patut dia buang atau tambah ?
Biasanya kalau soalan soalan gini , aku agak segan nak bagi pendapat sebab blog aku ni buruk .. Tak cantik mana pon .. kan ? Aku tau ada yang tersenyum dan ada yang tak kisah pon ..
Sebenarnyakan , ada pihak yang berminat untuk cantikkan blog aku dari A-Z .. Haa.. Bukan sekali dua tapi banyak kali dah .. Tapi aku menolaknya dengan baik .. Kenapa ? Hurmm ..
Jawapan aku mudah jer … Aku nak mereka yang baru mengenali blog aku ni tau bahawa tarikan utama blog aku ini adalah dari penulisan aku yang simple dan santai . Bukan dari template atau gambar gambar comel mahupun sebab aku ini sudah dikenali di luar sana .. contoh cam artis laa ..
Dan seperkara lagi la kan .. aku tak nak la rakan rakan blogger terutama yang baru ni terasa perbezaan dengan aku .. Yelah , bila tengok blog cantik ala ala pro , diaorang terus kata ,
“ Oh .. tak hairan la ramai masuk baca .. Blog cantik ! “
Tamo tamo tamo … Aku nak mereka kata ..
“ Aku pon leh jadi cam ni apa ? Entri aku lagi best dari dia ! “
Aku nk setiap blogger ada semangat untuk majukan blog mereka melalui penulisan yang bagus , berilmiah serta berinfomasi ..
Dengan tu , diorang mampu bersaing dengan sihat blogger blogger yang lain terutama yang senior dari segi persembahan entri mereka .. kan ? Bukan suruh cari yang terbaik tetapi hasilkan yang terbaik dan berkualiti .. Ingat , kualiti tak semestinya panjang lebar tetapi memberi kesan pada pembaca ..
TETAPI ingat la yer .. Walaupun blog tu kita punya , tolong jangan semakkan dengan widget yang tak perlu .. Kalau rasa blog tu dibuat sbb kita sendiri nak baca , ok laa .. Tak kisah . Tapi jika sebaliknya , kesian kat pembaca kita .. tak tau mana satu dia nak tumpukan perhatian .. Kat entri atau widget ??? Hehehe ..
Semoga berjaya ..
Sekadar pendapat ..