Batu Jarum Emas .. Yang ni member aku punya .. Dia beli batu tu dan tempah sendiri bingkai dia .. Kira buatan tangan sendiri la … Bagi yang berminat tu , mmg dia ada amik tempahan .
Berkenaan ngan batu ni , aku tak tau la khasiat mengenainya .. Ada yang percaya dan ada yang tidak . Bagi aku mudah jer .. Batu ni mmg cantik .. Sejak kecik lagi aku mmg gilakan batu yang cantik cantik .. Kalau g sungai , mmg aku akan cari batu batu sungai yang pelbagai bentuk dan warna dan diletakkan dalam akuarium ..
Cantik kan ? Ada banyak lagi.. Haa.. tengok kat bawah ni ..
Delima dan Zamrud yang punya harga tersendiri mengikut gred .. Menurut kawan aku tu , kalau zamrud colombia mahal harganya diikuti dengan zamrud brazil .. Wallahualam ..
Macam macam kepercayaan ada terhadap cincin ni terutama buat mereka yang ‘berisi’ .. Dan ada lak yang kata cincin tak sesuai dengan mereka .. Macam macam la leh dengar .. Antara korang nak percaya atau tidak ..
Aku ? Asal cantik dan mampu beli dah .. Nak dijadikan koleksi tu , tak mampu la.. Huhu ..