Senyum .. payah ke ? Bukan suruh g angkat besi !
Bukan kena bagi duit pon kalau kita nak senym ..
Payah ke nak senyum ? Ingat , mereka yang suka senyum , punya hati yang sihat …
Senyum .. payah ke ? Bukan suruh g angkat besi !
Bukan kena bagi duit pon kalau kita nak senym ..
Payah ke nak senyum ? Ingat , mereka yang suka senyum , punya hati yang sihat …
Hati hati bila memandu .. satu pengajaran buat kita .. Mungkin kita rasa kita bagus bila pegang stering tp kita tak tau dengan sapa kita berdepan bila di jalan raya ..
Entahlah .. Nak kata lebih , rasanya kita sendiri pon dah sedia maklum . Tapi bila dah pegang stering , ada yang lupa dunia .. ( wife aku confirm pandang aku punya.. )
Harapnya gambar kemalangan ni mampu buat kita insaf yang bukan seketika .. Takziah buat keluarga mangsa ..
Berita asal .. Klik SINI
Kalaulah ..
Kalaulah …
Kalaulah ….
Kalaulah ……
Tak mustahil kan ? Kita sama sama doakan mereka ..
Bertuah Kelantan miliki pemimpin seperti ini ..
"Kalau nak cari suami , cari suami yg tau lipat pakaian.. Jangan cari yg tau lipat bini jer !".
Makcik jiran aku pesan kt jiran satu lagi ..
Aku mmg saja simpan bagi bertimbun baru lipat .. Bukan apa .. saja kasi baju baju yang tk pakai dalam almari tu , digunakan semuanya. Baru la berbaloi kan ? Aku tamo la jadi cam orang perempuan . Beli sehelai , 10 tahun simpan. Dah tak boleh pakai , baru mengeluh kata rugi .. Kan lelaki kan ..
Lalalalalaala .. sapa nak lipat ni ??
Sultan Selangor sudah arahkan pihak kerajaan Selangor untuk menyiasat identiti sebenarnya Raja Mohamad Syazni atau dikenali sebagai Bubu ni .. hehe ..
Menurut satu sumber kepada laman detikHot, "Kerajaan Selangor sangat marah dengan kenyataan Bubu. Mereka sedang mencari dan akan menyiasat identiti sebenar Bubu."
Keluarga kerabat diraja Selangor menggunakan gelaran 'Tengku' dan bukannya 'Raja' seperti yang didakwa oleh Bubu sebelum ini. Penggunaan 'Raja' biasanya dipakai oleh keluarga kerabat diraja Perak.
Kerajaan Selangor telah mengesahkan bahawa Bubu bukanlah cucu Raja Selangor Menurut satu artikal yang aku baca di Yahoo Malaysia .
Ada satu part yang buat aku terbeliak bijik mata ketika mengikuti isu Bubu yang menjadi kekasih artis seberang , Syahrini ..
"Saya keturunan raja, saya cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, jadi tak semua orang di Malaysia boleh memakai nama itu,”..
Waaduh.. ni macam kes lelaki Malaysia tu yang dakwa dia orang paling kaya di dunia .. Hehehe ..
Hati-hati woo bila petik satu satu kenyataan kalau rasa tak yakin dengannya .. Tapi ni kes terlampau yakin ni .. Heheh ..
Tengah fikir … nak g ke tak ke majlis tu … Tahun lepas dah g .. tahun ni , cam malas lebih dari rajin .. Bukan sebab menang atau kalah tapi takde NAFSU ! hahaha ..
Apa pon terima kasih buat semua rakan rakan yang telah aku susahkan semata mata untuk mengundi blog aku .. Apa yang aku tau , tercalon ni pon sbb korang yang rajin masuk baca dan komen kat blog aku ..
TERIMA KASIH ..
Tengok sorang sorang je tadi .. Nak ajak awek , kat Kelantan lagi. Maka terpaksalah sorang sorang .. Nak berlaku curang ajak awek kat sini ? Hidup confirm tak tenang sebab membohong.. Huhu ..
Ok .. Dah tengok tadi… Part 1 , best .. Part 2 , ok laaa .. Part 3 ?? Hurmm .. Hurmmm … Hurmm .. Ok kot sebab kat sini ada banyak cerita dalam cerita . Sapa JAY sebenarnya .. Sapa KAY sebenarnya .. Haa.. Kira banyak cerita la dari aksi .. Menguap tu confirm la.. hehe .. Tapi mmg boleh layan .. Tak la tahap bosan aku tengok MAN SEWEL DATANG KE KL tu.. Tu mmg buat tergaru kepala punya..
Aha .. nak download MEN IN BLACK 3 eh ? Ok la kot sbb aksi 3D dia pon tak la canggih mana pon .. Hehehe .. Patut la promosi kuat abis MIB3 ni.. Biasanya kalau filem bagus , prosmosi biasa jer .. Kot ? Pendapat aku je la.. Tak perlu maki aku yer ..
Aha .. Aku peminat setia Will Smith yer ..
Assalammualaikum dan salam sejahtera ... Bersua kembali rakan-rakan pembaca yang budiman lagi saya hormati ...
Tempohari saya dapat panggilan daripada seorang pembaca blog ini yang bertanyakan kepada saya dengan soalan begini ... "Ajak ... dah lah saya "sengkek" ... cam ner nak beli emas atau perak ?" ... Itulah butiran pertanyaan beliau ... Betoi lah turrr ... Jika dah "sengkek" ... Bagaimana
Pembacaan seterus nya (sila klik di sini)
Ya adik adik , akak akak dan abang abang .. Ini bukan kulit kayu manis yang disimpan dalam bekas yer .. Ini adalah sebahagian dari alat penapis air ..
Ada nampak itu hitam hitam ? Ya adik adik , akak akak dan abang abang sekalian .. Itulah yang terkandung di dalam bekalan air paip kita yer ..
Ada sesiapa yang minum air terus dari paip air ? Sila fikirkan semula .. Heehe.. Oh ya .. ni baru bekalan air di Putrajaya .. Kalau tempat lain , tak tau la camana yer ..
Maaf , saya bukan agen jual penapis air .. hehe ..
Fuh .. penat kemas umah .. baru sapu depan rumah je , dah penat .. Kena tidur dah ni .. Recharge energe .. lalalalala ..
Tak pasal pasal dapat buku gak kan ?
Jangan cari pasal ! Tak pasal pasal , dapat pasal ! Godaan banyak wooo .. Hahaha ..
Masalah dunia masakini .. Muhahaha … G jogging n gym pon lagi best ..
“ Hang boleh ka jaga Qhaliff ni ?? “
Bapak aku tanya aku gitu ! Adoii .. Apasal lak tak boleh ? Malah adik aku pon cam tak percaya jer aku boleh jaga Qhaliff .. Huh !
Tengok muka dia tu.. Ololo .. Rindu dah dia kat daddy .. Asal aku call wife , mesti dia akan terjaga punya .. Bila letak telefon , dia tidur semula .. Haaa .. tu tandanya , dia nakkan daddy dia ni ..
Lagi pon bukan lama sangat nak jaga .. Dari kul 8-12 pastu mak dia mesti balik umah punya kan ? pastu dari kul 2-5 .. haaa … pastu daddy free laaa .. Bebasss !! Nak g jogging ke.. Dating ke..Eh , gym kee .. haaa .. masa ni laa .. Kang kul 8 malam , amik alih lak laa .. kan kan ? Malam ? Keutamaan pada wife laa .. Aku leh jaga jap sambil update blog .. kan kan ?
Kalau maid indon tu leh jaga .. Jiran aku leh jaga sampai 4-5 orang budak , takkan aku sorang tak leh kan ?? Haaa ..
Ehem ..
Lapar ! Nak keluar g cari makan .. Hurm .. Nasi putih , tom yam , telur bungkus dan milo ais .. Comey dah ni !!
Zasss .. aku drive terus ke restoran yang biasa aku pergi untuk makan malam .. Hehe .. Tak terasa nak makan kat restoran mamak malam ni ..
Bila sampai kat Presint Diplomatik , aku geleng kepala ! Awal sangat aku keluar !! Grrr … Semua restoran makan yang ada tv dan layar penuh dengan peminat bola terutama penyokong Kelantan ! Adehh .. Silap time betul laa ..
Abis tu camana ? Takkan nak makan pizza malam malam kot ??? Adoi .. Keputusan dah dibuat .. Perut dah lapar ..
Akhirnya .. tapau makan kat rumah je la.. Beli dua bungkus nasi kukus untuk aku sorang ! Stok sebulan nihhh !! Hehehe ..
Oh ya , TAHNIAH buat penyokong Kelantan kerana berjaya layak ke pusingan seterusnya dalam PIALA AFC dengan menewaskan Terengganu , 3-2 ..
Sian makan sorang sorang kan ? Huhu..
Baru kesempatan membaca blog rakan blogger , Ammar Yasir .. Hurm .. Siannya .. Rumah keluarganya nun di Terengganu telah terbakar .. Alhamdulillah , ahli keluarganya semua selamat cuma harta benda saja yang terbakar ..
Ahli keluarga Ammar Yasir .. Simpati dari aku .. Tak mampu berkata apa apa aku .. Hurm ..
Harap Ammar cekalkan hati dan kuatkan semangat .. Tak tau nak tulis apa dah aku ni .. Buntu bila baca luahan hati dia kat blog dia tadi .. Hurmm ..
Rumahnya 100% dijilat api. Tinggal sehelai sepinggang. Alhamdulillah kerana semua keluarganya selamat. – FACEBOOK AMMAR
Buat rakan-rakan yang sudi hulurkan bantuan , terima kasih yer .. Yang nak tau kisah sebenarnya , leh baca di blognya ..
Klik SINI untuk ke blognya ..
Fuhh .. M. Nasir ??? Sudah join rancangan ni ? Nak jadi pengetua atau peserta ? Waduh waduh .. Dengan pantas aku berlari mendapatkan maklumat lanjut dengan menekan hyperlink , SETERUSNYA ..
“Muhammad Nasir M Yakub Ismail atau M. Nasir dari Sumatera Utara, Indonesia memberitahu menangis apabila dimaklumkan terpilih menjadi sepuluh peserta akhir rancangan Imam Muda musim ketiga yang bakal bersiaran pada 1 Jun depan.
M.Nasir,26, memberitahu dia sangat terharu dipilih menyertai program tersebut kerana sentiasa mengikuti perkembangan dua siri terdahulu Imam Muda serta berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh selepas dipilih menyertai program realiti tersebut. “ – Mstar
Oooo … Ini rupanya M.Nasir yang dikatakan tu .. Hehe.. Ingatkan sifooo Amy Search tu .. Kot la nak tukar haluan .. Dah boring ngan dunia hiburan yang lebih garam dari kuah tu .. Hehehe ..
Selain M.Nasir, sembilan peserta lain adalah Muhammad Ramadhan Subky Abdullah, 25 (Kuala Lumpur), Fakhrulrazi Ibrahim, 25 (Pulau Pinang), Omar Mohd Mokhtar, 21 (Pahang), Syed Mohd Faris Syed Roslan, 26 (Perak) dan Mohammad Hafiz Abdul Kadir, 27 (Kuala Lumpur).
Turut menyertainya Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28 (Selangor), Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin, 26 (Perak), Mohammad Azri Nami Mohd Kamal, 21 (Johor) dan Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 (Johor).
Tak kisah la kan .. Apa pon , semoga rancangan ini mampu memberi kesan positif pada anak remaja kita sekarang yang semakin .. hurm .. Korang pon tau la kan apa perkataan seterusnya .. Hehe .. Kang ada lak yang terasa ..
Tahniah buat krew penerbitan IMAM MUDA 1,2 dan terbaru 3 .. Semoga berjaya ..
Hari ni punya aktiviti , dah selesai .. Tinggal nak g makan malam je jap lagi .. Tak tau laaa nak makan apa ni .. Nampak gaya cam nak ke kedai mamak jer .. Hurm.. Ke kedai awe kelate tu … Hehe .. Lewat skit la .. Leh lepak sana sengsorang .. huhu.. rilekss sebelum .. sebelum ?? Hehehe .. Sebelum si kecil balik Putrajaya ..
Aku dari Cheras tadi. Dari rumah mak aku .. Hari ni g gym untuk membakar kalori yang telan tengahari tadi .. Muhaha .. Giler byk makan ..
Untuk ke Putrajaya , aku akan lalu jalan Bandar Tasik Permaisuri seterusnya masuk ke Bandar Tasik Selatan dan terus ikut Sungai Besi.
Kalau time time gini ( kul 8 keatas ) , kereta mmg banyak walaupun dah malam. Kalau petang , jangan cerita laa jammed dia .. Memang sakit jiwa gak laa .. Apatah lagi bila ada orang yang tak penyabar lalu bantai laaa ikut lorong yang tak sepatutnya ..
Maka .. ni lah makan dia !
Bukan sebijik je kena .. tapi byk gak kena.. Muahaha … Nak cepat sangat .. Sila bayar saman ..
Oh , gambar ni aku amik ada cara tersendiri .. Setiap kali aku drive , aku akan letak hp kat tempat letak hp laa .. Pastu on kamera .. Kenapa ? Macam macam menda leh kita nampak di jalan raya .. Segalanya tu boleh dirakamkan dan dibincangkan bersama di dalam blog .. kan kan ?
Macam tengahari tadi .. Ada JPJ buat roadblock kat Tol Sg Besi .. Diorang tahan lori .. hahaha .. Aku rasa ni mesti kes muatan lebihan semalam .. Ada aku wat entri pasal tu gak . Huhu .. Cepat eh respon dia .. Cuma sayang seribu kali sayang .. Ada gak yang aku tak puashati dengan JPJ ni .. Apakah ? Nanti aku kuarkan isu tu .. Huh !