Alhamdulillah .. baru sampai rumah .. Tadi aku ngan keluarga aku g Sungai Buloh , umah adik wife aku .. hurm .. Sejak wife mengandung dan Qhaliff muncul , aku jarang buat live blogging kecuali kalau aku keluar buat tugasan luar .. Kalau tak , mesti aku dah update sewaktu atas kereta lagi .. hehe ..
Kat sana , aku borak sakan dengan suami adik ipar aku tu .. Maklumlah , lama tak jumpa. Orangnya pon , mmg peramah dan macam macam cerita ada .. Maklumlah cikgu .. Hehe ..
Ada dia cerita kat aku tadi.. Semalam dia g ke stesen minyak berhampiran untuk keluarkan duit di mesin atm .. Selepas tu , dia pon gerak balik ke rumah .. Dalam perjalanan , dia perasan ada sebuah kereta dok ikut dari jarak dekat . Dia mula main belasah jalan sana sini untuk pastikan apakah benar kereta tu mengekorinya ?
Ternyata kereta tu ikut dia ! Dia pusing sana sini dan kereta tu tetap ikut. Akhirnya dia ternampak balai polis dan terus memandu keretanya ke arah balai lalu berhenti di tepi balai tersebut .. Kereta yang ekori dia tadi , terus berlalu .. Takut la tuuuu ..
Awas kawan kawan .. Walaupun kita berteman ,adalah lebih baik berhati hati. Penjenayah sekarang tak kenal jantina dah .. Semua dia main sapu asalkan dia dapat apa dia nak .. Dia tak dpat lagi api neraka kot .. tu dia dok buat jenayah tanpa kisah penderitaan orang .. Grrr