Semalam , sewaktu aku dalam perjalanan ke rumah orang tua aku untuk ziarah mereka , aku terima satu sms dari rakan aku .. Sms yang amat menyedihkan .. Kenalan kitorang yang juga satu opis telah kehilangan anaknya sewaktu melahirkannya.
Dari cara sms tu aku dpt rasa ada sesuatu yang tak kena sewaktu kelahiran anak kawan tersebut. Aku balas kembali sms tu dan tanya puncanya.
‘Over due dan bayi mengalami komplikasi selepas itu .. ‘
Mengeluh panjang aku selepas membacanya .. Kejadian tu mengingatkan aku pada kes anak buah aku yang pertama … Aku tak nak tuding jari pada mana mana pihak sbb ini dah melibatkan bidang perubatan dan aku tidak punya ilmu mengenainya. Kang salah cakap , jadi isu lak ..
Takde rezeki lagi .. Itu yang boleh aku kata … InsyaAllah , Allah Maha Mengetahui .. Kita kena terima seadanya ..
Dan buat kawan aku tu , andai terbaca entri ni .. Bersabarlah .. Dan banyakkan berdoa .. Minta yang terbaik dariNya. Semua ni ujian dari Allah .. Mungkin rezeki kita buat masa ini , di sebelah lain. Kita tak tau dan tak nampak lagi ..
Takziah buat dia serta keluarganya .. Al-Fatihah ..
Buat mereka yang sedang mengandung dan bakal bersalin utk kali pertama , pastikan dapatkan hospital yang bagus dan cekap. Itu je la aku boleh nasihat .. Kang lelebih , susah lak kan ? Geram pon ada ni ..