“ Kalau mandikan guna air sejuk , tulang baby akan kuat .. Kira bagus la mandikan baby guna air sejuk ni .. “
Itu antara petua orang dulu dulu la.. Nak lagi best , siap ada selawat dan bacaan tertentu untuk kuatkan tulang baby ni .. Kang kuat sangat , mak bapak lak dia lawan .. Yelah , dah tak lut kena sebat.. Hehehe ..
Betulkah fakta ni ? Hurmmm … Antara fakta yang aku jumpa berkenaan mandikan baby dengan air sejuk ..
“ Ada kepercayaan kononnya memandikan bayi dengan air sejuk boleh membuat daya tahan tubuhnya meningkat. Sudah tentu pendapat ini tidak benar. Malah, air sejuk boleh membuat metabolisme dan pembakaran dalam tubuhnya meningkat menyebabkan makanan yang diserap tubuh bayi cepat habis kerana digunakan untuk menyeimbangkan semula tubuh bayi. Ini menyebabkan bayi mudah hilang tenaga, cepat lemah dan berisiko jatuh sakit. Sebaiknya mandikan bayi dengan air suam yang tidak terlalu panas. Namun, jangan terlalu lama agar tubuh bayi tetap seimbang kehangatannya. “
Jadi , camana ? Nak percaya atau tidak , terpulang pada korang sendiri.. Tiada paksaan .. Setakat aku tau, takde bayi mati lagi sebaab mandi ngan air suam atau sejuk , kan ? Tapi mati lemas kerana kecuaian penjaga dia tu , mmg ada .. haaa ..
Yang penting anda tau apa yang perlu untuk bayi and .. Keselamatan dan kesihatannya adalah penting sekali ..
Untuk Qhaliff , skang ni mmg mandikn denan air suam .. bila dah besar skit baru kasi air sejuk .. Itu perancangannya laa… Tak yah gaduh gaduh pasal info ni .. Sendiri boleh fikir yer ..