Walaupun hampir ..14 tahun layan besi , bila cuti panjang mmg masalah ! Nak mula balik , mmg masalah .. Serba serbi bermasalah .. nak angkat badan sendiri pon terasa berat dah .
Ke aku makin tua ??
Published with Blogger-droid v2.0.6
Walaupun hampir ..14 tahun layan besi , bila cuti panjang mmg masalah ! Nak mula balik , mmg masalah .. Serba serbi bermasalah .. nak angkat badan sendiri pon terasa berat dah .
Ke aku makin tua ??
Wan (Shades) dalam satu sidang media bagi menjelaskan perasaan tidak puas hatinya terhadap sebuah blog hiburan yang dikatakan memfitnahnya baru-baru ini.
Wan yang popular dengan lagu “Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal” ketika bersama Shades mendakwa difitnah apabila sebuah blog hiburan menyiarkan laporan tidak beretika dengan tajuk 'Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun?' pada 20 Februari lalu.
"Tindakan membawa kes itu ke mahkamah adalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada semua “blogger” di Malaysia yang kadang-kadang terlupa mereka bukan wartawan bertauliah dan tidak mengambil peduli tentang etika dalam penulisan.
"Saman ini adalah untuk memberitahu mereka walaupun berada dalam medium media bebas, itu tidak bererti mereka boleh menulis sesuka hati tanpa mengikut etika yang betul sehingga boleh mengaibkan ramai pihak," – Mstar Online
Baguslah .. saman je laa .. Tapi kena betulkan sedikit kenyataan tu .. bukan semua blogger tu ‘blogger’ .. Dan jangan sama kan dengan wartawan .. Yang dok tulis berita hiburan tu dan dok sibuk hal orang lain , tu bukanlah blogger sejati .. Tu blogger publisiti.. Sama gak dengar artis .. Ada artis sejati dan artis majalah ..
Tindakan saman ni patut dibuat tapi bukan ditujukan pada blogger saja .. Semua media patut amik tau batasan mereka terutamanya bila melibatkan peribadi seseorang ..
Kalau nak ditujukan pada semuaaa blogger di Malaysia , rasanya majoriti menteri pon ada blog gak kan ? Hehee .. Ahli politik pon begitu gak kan ? Ulama pon ada .. Jadi , hati hati la ketika menulis yer ..
Bezanya blog dengan media cetak atau elektronik ni , mereka tiada editor dan jujur menulis . Cuma kesahihannya saja boleh dipertikaikan berbanding media lain yang mana terang terang semakin tak sahih .. terutama bila bab politik .. Hehehe .. Hiburan ? Lagi laaa .. Bosan siut ..
Terasa ? Tak .. aku bukan blog hiburan . Memang patut kena saman pon blog tu ..
Sejak Qhaliff cecah 3 bulan pada Isnin lepas , aku perhatikan tidur dia di waktu siang ..Paling lama dia dapat tidur , 2 jam kemudian jaga .. Bila jaga , mood dia ok sangat .. Kira leh senyum dan main tu , ok la kot .. Yelah , nak kasi tidur lebih 2 jam , risau lak lebih lagi belah siang .. Belah malam sesekali je dia terbabas lebih 2 jam .. Apakah normal bayi terjaga 2 jam sekali ?
“ Jumlah waktu tidur antara 10½ sampai 16½ jam. Beberapa bayi bahkan dapat tidur nyenyak antara 6-8 jam pada malam hari. Sebagian besar bayi melakukan 2-3 jam tidur siang. “ –Infobunda
“ Mulai dari sekarang, ibubapa yang dahulu-nya tidak dapat tidur dengan sempurna, mula merasa lega sedikit. Menjelang tiga atau empat bulan, pola tidur anak anda mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga dan mahukan makan. Ada juga kanak-kanak yang tidak tidur terus sepanjang malam untuk tempoh tiga atau enam bulan (bagi tahun pertama, ini bermakna mereka boleh tidur terus hanya selama enam jam setiap kali), jadi, usahlah bimbang jika anak anda masih menyebabkan anda berjaga di waktu malam. “ – BabyCenter.com.my
Tuuu … Qhaliff dah bangun .. kena layan dan borak dia ngan dia ni … huhu .. Terjawab sudah ? Perghh .. Entri aku skang ni pasal Qhaliff jer .. Nanti Qhaliff leh citer pasal ayah dia lak eh bila dah pandai menaip .. kan ? Huh .. no noo … Tak leehh .. bocor rahsia daddy suka kentut merata rata nanti .. huhu ..
Manual
Atau
Elektrik
Wife dah bersuara .. Nak beli yang elektri punya pam susu .. Aku ok kan jer .. Yelah , susu untuk anak kan ? Bukan nak bagi yogurt atau kuih muih .. Anak gak nak makan.. Lagi pon senang untuk aku sbb stok ada banyak bila Qhaliff kelaparan .. Hehe ..
Katanya , katanya laa guna manual ni lenguh tapi jimat la sbb harga murah berbanding elektrik yang harganya boleh mencapai harga beribu ringgit .. Tu yang bagus punya la . Yang kurang bagus , tak pasti lak harganya .. hehe ..
Ada baik dan juga kelemahan dua dua ni .. Tapi kalau yang mampu tu , apa salahnya bagi kat isteri satu kan ? Cuma aku tak pasti la pengalaman mereka yang dah pernah guna elektrik ni .. Apa pendapat korang ?
Dan kat mana ada jual yang bagus tapi harga berpatutan. Maklumlah , ada yang jual harga serupa beli Ferrari sebijik haaa ..
Sekadar info :
SUSU badan yang dipam boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh bertahan antara tiga hingga enam bulan. - Kosmo
Pada entri aku yang lepas , ada aku bagitau pembaca aku mengenai satu pertandingan yang dianjurkan oleh MML dan Malaysia Mosaics Berhad yg mana pemenang bertuah akan dapat berupa pemasangan tile secara percuma di ruang tamu , porch atau pun bilik air ! Haaa .. Tak ke tak tau ? Kalau tak tau , klik SINI untuk baca balik cara pertandingan tu ..
Seperti yang korang dah baca di entri lepas , pertandingan ini akan tutup pada 8 Julai 2012 nanti .. Tak lama dah .. Penyertaan pula semakin menarik .. Macam macam masalah yg ada melibatkan jubin ni sebenarnya .. Sebab tu kena beli jubin yang berkualiti ..
Antara mereka yang dah antar penyertaan .. Jom tengok ..
PORCH
BATHROOM ( TANDAS )
Living Room ( Ruang tamu )
Untuk lihat lagi gambar gambar mereka yang dah sertai pertandingan ini untuk menambahkan lagi keyakinan bahawa pertandingan ni tak la susah mana pon , klik SINI ..
Tak susah pon kan ? Cari tempat tempat yang mana jubin rumah korang tu bermasalah , snap dalam 5 keping gambar yang berkualiti ( kira jelas la juri nak tengok nanti ) pastu antar jer .. Haa .. Settle .. Sapa tau kan ? Untung untung tersenarai mereka yang bertuahh ..
Cepat , cepat .. sebelum terlambat .. Garu kepala nanti .. Tak payah g pejabat pos pon .. semua guna internet jer .. hehe ..
Amboii .. Cerah mata Qhaliff pagi ni .. Terlebih tidur eh malam tadi ? Sama kuat lawan dengkur ngan mak ehhh .. hahahah .. Pagi ni , dia tak tidur selepas mandi dengan air suam .. Yelah , budak ni pembersih. Kalau tak mandi , dia tak selesa .. Kalau tak selesa , jangan harap kita nak dapat tenang ! Huuh..
Sejam kasi dia bermain sendirian dan sesekali aku kacau dia .. Tak digalakkan dia bina dunia dia sendiri .. Kita kena join sekali .. Tu setau aku laa.. Kalau tak , tah apa imaginasi dia nanti ..
Bagi susu sebotol penuh .. Selesai .. Pergh.. tu pon nak lagi ! No , no .. sat lagi lak ehh .. Jangan ‘makan’ ikut nafsu .. Susah nanti .. Kecik kecik ni kena ajar kawal pemakanan .. Yang ajarnya , mak bapaknya gak kan ? Hehe ..
Lepas tu , bawak masuk bilik dia .. Kat sana ada satu punya ‘bau’ yakni bau mak dia yang membolehkan dia mengantuk dengan tiba-tiba ..
IKLAN :Garam Bukit
Bila dia dah kuyu .. Baru bawak ke ‘port’ dia.. Dan pelan pelan hayunkan dia .. Walaupun nangis , dia pasti akan terlena .. Hehehe ..
Ok … daddy pon nak lena jap .. Maklumlah , bangun awal gak ni .. Walaupun tak g opis , tetap kena bangun awal .. Hahaha .. G opis ?? Perghhh .. tamo laaa .. hahaha
Pusingan .. rutin .. Setiap hari sama , cabaran yang sama .. Perlukah mengeluh ? Bukankah aku pernah mendoakannya pada satu hari dulu ? Allah menunaikan dalam bentuk yang berbeza.. Aku doakan kebahagiaan .. Dan Allah memberi nikmatNya . Aku cuma tak sedar sbb kita pohon dlm bentuk lain tapi Allah Maha Mengetahui.
Qhaliff jaga dah .. Dia tidur jap jer sewaktu mak dia ada .. Bila mak dia keluar je dari pintu , tingggg … mata dia terbukak .. Dan aku perlu tidurkan dia .. Kalau tak ? Hehehe … Faham faham je laa ..
Inilah tugas aku . Aku perlu buat setiap hari .. Jangan mengeluh .. Ini yang terbaik untuk aku sekarang ni sbb aku ada masa untuk keluarga dan juga ‘kerjaya’ aku .. Sekurangnya aku tak perlu nak pening dengan ‘curi tulang’ .. Aku hanya perlu ‘curi masa’ ..
Janganlah kita tunggu satu satu perkerjaan yang kita minat tu , berada dalam tangan kita dan baru kita nak buat bersungguh-sungguh. Andai tak minat sekali pon tapi ianya memberi manfaat serta kebaikkkan pada orang lain , lakukanlah dengan bersungguh-sungguh .. Lakukanlah kerana Allah ..
Semoga Allah berkati usaha kita hari ini ..
PROFESOR Datin Dr Maryati Mohamed meneliti spesies semut raksasa atau dalam bahasa saintifiknya Camponotus gigas dengan menggunakan kanta pembesar di Kem Bertedung, Johor. –Hmetro
Aku google cari info mengenai semut ni .. Huhuh .. Dan jumpa banyak imej semut raksasa ni .. adoiyaaiii .. Kalau semut ni lalu depan aku , aku hayun ngan tukul besi , gerudi pastu gelek ngan steamroll !! Huhuh.. Besar tuuuu …
Semut raksasa ni boleh ditemui di Asia Tenggara terutama di hutan Thailand dan Sumatera . Maklumat lanjut boleh di baca di Photos and Info on Ants and Termites of Malaysia.
Entri Iklan
Garam bukit membantu meningkatkan aura dan potensi diri. Bagaimana? Garam bukit ini antara rahsia alam yang mempunyai tenaga atau energi. Sama seperti air. Dua bahan ini mempunyai kekuatan memerangkap gelombang dalam cara berbeza.
Sebab itu dalam perubatan Islam, air dan garam banyak digunakan. Tapi bukan garam laut, garam bukit. Ini kerana garam bukit tidak disukai jin dan syaitan. Banyak lagi rahsia garam, air sejuk, tulang dan darah dan lain-lain lagi yang menjadi rahsia dalam diri kita.
Dari sainsnya garam bukit ni sangat berkesan untuk melancarkan perjalanan darah, merawat masalah jerawat, parut membuang toksin dan sel kulit mati juga sesuai bagi merawat masalah kulit. Terutamanya yang mengalami masalah kegatalan. InshaAllah garam bukit dapat membantu secara semulajadi.
Kelebihan lain :
RM 50 termasuk postage. Boleh dapatkan di Ummah Sentral atau email : ummahsentral@gmail.com .
Dulu , sewaktu aku budak budak la kan .. selalu menjerit nak keluar bermain .. Kalau tak bagi , aku teriak bagai nak keluar anak tekak .. Dan aku dapat laa hadiah dari mak aku yakni hanger baju singgah di kaki .. Bila bapak aku balik , dapat lagi saguhati .. Menarik kan ? Dan satu perasaan ‘bengang’ ada dalam hati , waktu tu ..
Bila dah besar skit , dah pandai bukak pintu sendiri maka … makin mudahlah aku lesap dari rumah .. Bukan g mana pon tapi g bermain dengan rakan rakan sebaya yang tinggal berhampiran .. Mula-mula area rumah , lama lama jauh dan semakin jauh hinggalah masuk ke dalam hutan mahupun ke kawasan perlombongan .. Skang tempat tu dah dijadikan taman perumahan .. Dapat tau kat mak aku , mmg kena libas kaw kaw punyaaaa .. Cam biasa , saguhati lagi dari ayah aku.. Serik ? Serik la gak .. 4-5 jam je seriknya .. hehe
Bila dah ada anak ni , aku faham dua perkara .. Yang pertama , perasaan ibu duduk di rumah dan jaga anak sepenuh masa.. Tu belum lagi yang memasak , mengemas serta jaga anak 3-4 orang macam mak aku .. Lebih dari tu , lagi la kan ? Memang para suami patut respek isteri mereka yang berkorban demi menjaga waris mereka .. Jangan ingat dok umah goyang kaki je tau . Ingat senang je nak goyang kaki .. Huh ..
Yang kedua , menjaga anak anak yang dah pandai berjalan , bercakap dan rasa dah cukup besar ni ! Ni bukan mudah untuk seorang ibu nak kendalikan .. Resepi utama , pendidikan agama perlu kuat dalam diri anak anak untuk mereka senantiasa berfikir baik buruk sesuatu perbuatan .. Semua tu , kerana sayangkan anak ..
Tak mudah weehh .. Tak mudah !! Jadi para suami jgn ingat , kerja kat opis tu konon cukup beri tekanan .. Duduk rumah lagi pon sama tau ! Tak nampak dunia lagiii ! Haaa.. Rutin sama jer setiap hari .. Dah tu , ‘waktu kerja’ tamat , bila semua dah tidur ! Tolong tolonglah isteri anda tu yer ..
Tabik spring kat semua ibu di dunia ni ..Semoga Allah berkati anda semua ..
Apa lagi ?? Marilah serbuuu .. heeheh . Jualan murah barangan bayi dan kanak kanak di :
Location (603 8060 6093)
Cuang Cheng Mao Yi Sdn. Bhd.
34, Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong
Selangor
Bermula 28hb Jun hingga 8 hb Julai 2012 ..
Pergh .. Aku dah jadi cam ‘ibu-ibu’ sejak duk umah ni .. Usha sale lak !
Qhaliff tidur dah.. Hurmm .. Sejak dia bangun kul 2 lebih tadi , ni baru dia tidur semula .. Hurmm .. Bila dia bangun , apa yang perlu buat kat dia ialah berikan dia senyuman .. Bila dia balas tu , mood dia mmg cun laa .. Jangan dukung dia , tapi letak terus atas tilam .. Kasi dia mengeliat .. Ada yang kata , dia mengeliat tu sbb lenguh badan .. Memang la.. kalau tidur atas tilam beribu , baru tak lenguh .. Kita yang tua ni pon bila bangun tidur mengeliat .. Tu belum lagi dlm drama atau filem melayu .. Mengeliat bagai nak rak tapi muka penuh ngan mekap ! Huhu..
Satu lagi , susu mesti cukup .. Kalau tak cukup mmg dia cari pasal .. Merengek tak henti .. Cam ari ni jer , aku rasa dekat 5 botol dah dia minum .. Yelah , susu badan .. Serupa minum air kosong je kan ? Pastu confirm kencing .. Haaa ..
Pampers lak , 2-3 jam sekali tukar .. Alhamdulillah , perkongsian dari rakan pembaca memberi manfaat untuk aku .. Terima kasih .. Bila dah buat gitu , maka tak susah nak tidurkan dia .. Kasi dia ‘hanyut’ masa minum susu kemudian sendawakan dia disusuli dengan nyanyian yang menusuk kalbu , dia pasti akan lena ..
Cuma kalau belah siang ni , Qhaliff boleh lena sekali tidur , 2 jam lebih gitu .. Takkan dapat lama .. Kalau letak aircond , risau lak ngan bapak dia sekali tidur ! Hehehe ..
Dan , Qhaliff dah leh lepak atas tilam lama lama daaa .. Dengan syarat ,kena main cak cak dengan dia .. Hahahah …
Esok ? Apadahal ! Hahaha .. Jangaaannn riak ! Menangis nanti !
Kecik kecik tidur .. memang keje baby ni tidur tidur tidur .. Hinggalah masuk sekolah .. Haaa ..
Bangun tidur , mengeliat .. Sapa nak marah ? Haaa … Takde sapa punyaa ..
Pastu , minum susu .. sambung tidur ! Haaa .. seronok gitu kan ?
Peliknya , sampai ke tua ada yang tak reti reti nak bangun dari tidur ! Asyik nak membuta ! Keje tak nak .. Melepak nak la pulak .. Cukup time , balik .. cari makan .. Pastu sambung tidur !
Orang tidur untuk berehat jer .. Nak rehat lama lama , tunggu mati jer .. Tu pon kalau tak kena libas dalam tu nanti !
Sejak Qhaliff sedar jam 8 pagi tadi , hingga sekarang dia dok segar .. Beria ajak aku main sama dia ..
Tak kisah sangat sbb dia tak wat hal .. Dok main sendiri depan aku dan sesekali cuba mengumpan aku wat muka cute untuk aku g kacau dia ..
Tapi bila aku bg dia susu , mata dia mula ngantuk .. Hehehhe .. Mula mata dia layu .. kuyu .. tapi masalahnya , dia tamo tidur lagi .. Nak ajak main ..
Bila aku tau dia mula boring ? Haaa .. Yang pertama , bila dia dah start enjin turbo dia .. Slow slow dia bunyi .. Pastu makin kuat .. Hehehe .. Tau dah tuuu ..
Aku tukarkan pampers dia .. Perghh .. Berat siuttt.. Penuh ngan air je tuuu . Waduh dak nihh .. Bila bukak pampers dia , perghh.. serupa macam baru keluar dari penjara woo dia punya mengeliat !! Sian la pulaakk tengok gitu ..
Settle pampers , aku kasi susu lagi kat dia .. Ni susu ori yer .. Kang ada yang ingat aku kasi susu formula .. Huhu .. penat nak explain je nanti .. hehe ..
Dia punya teguk serupa macam seminggu tak dapat susu .. Mak aihhh .. Yelah , badan pon besar .. Hari tu timbang , dah 6.2kg dan panjang dia , aku tak ingat .. hehe ..
Siap susu , aku bawak jalan jalan dalam rumah sambil nyanyi lagu Wings .. Hukum Karma .. Hahaha .. percaya ? Idok ler .. Dia suka dengar selawat dari mulut aku ..
Pelan pelan dia lena .. di kesempatan itu aku pon …. Ahaaa …
Selesai sessi pagi .. 2 botol susu abis .. Baki satu lagi … Harap stok banyak lagi ni .. Hehehe .. Aku pon dah ngantuk ni .. Nak lelap 5 minit .. hehe ..
Qhaliff , tewas .. Semalam aku tewas .. hahahah ..
Assalamualaikum & Salam Sejahtera....
Manfaatkanlah simpanan KWSP anda! Pihak KWSP telah memberi green light untuk membuat pindahan dari (akaun 1) KWSP ke unit trust.
Tujuan pihak KWSP membenarkan untuk membuat pengeluaran dari baki akaun 1 ni adalah untuk menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Jadi jika anda ada KWSP, jangan biarkan ianya begitu sahaja! Melaburlah di MAAKL Mutual Bhd.
Antara kelebihan pelaburan:
Keterangan lanjut di: http://untungmelabur.blogspot.com