Serius , dia antara rakyat Malaysia yang layak dapat gelaran ini . Kalau nak bagi lebih pon , tak kisah laaa .. Dah dia mmg layak pon .. Dan ketewasannya pada Lin Dan malam ini sedikit pon tidak mengecewakan aku kerana sememangnya dia dah lakukan yang terbaik di Olimpik. Malah kalau kita tengok Lin Dan sendiri pon dah kecut perut sewaktu set ke 3 ..
Apa pun , anda tetap juara di hati rakyat Malaysia dan sejarah tetap terukir walaupun tidak dapat EMAS namun EMAS sebenarnya adalah perpaduan rakyat Malaysia yang memberi sokongan padu tanpa berbelah bagi padanya dan dia sendiri berjuang atas nama negara yang tercinta , MALAYSIA ! Ahli politik Malaysia pon tak mampu lakukannya !
Tahniah Dato’ Lee Chong Wei . Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi selepas ini ..