Maaf la yer , tak sempat nak mengedit gambar nak letak ketupat rendang atau sebagainya .. Cukup la kot dengan memacakkan gambar aku anak beranak sebagai pengganti diri. Gambar wife takde ? Ada , dia yang pegang kamera ni haa.. Kira ada la kan ? Hehe ..
InsyaAllah , esok kita akan menyambut 1 Syawal 1433H . Ramai dah pulang ke desa tercinta masing masing dan ada juga tak balik . Yang berkorban demi negara , pon ramai. Yang tak dapat cuti , ramai gak . Jadi , bila kita sambut raya tu , ingat ingatlah mereka yang ‘berkorban’ demi kita yer ..
Dikesempatan ini , aku sekeluarga nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA RAKAN RAKAN YANG MENGENALI AKU TAK KIRA DI FACEBOOK , TWITTER , BLOG . AMPUN MAAF SEKIRANYA AKU TELAH MELUKAKAN DAN MENCALARKAN PERASAAN KORANG SEMUA SECARA SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA .
Buat yg akan pulang beraya nanti , berhati hati di jalan raya . Aku akan ke Kelantan pada raya ke 2 nanti .. Sesiapa yang ada kat Kelantan , marilah kita beraya bersama nanti eh.. Hehe ..
Selamat Hari Raya !