Jommmm Qhaliff .. kita ke Kelantan jumpa Tok Ma ….
Jommmm Qhaliff .. kita ke Kelantan jumpa Tok Ma ….
Sian dak nih aihhh .. G mana mana , confirm kena ‘rampas’ dari aku punya . Pastu dari tangan ke tangan laaa Qhaliff ni ‘terbang’. Dalam diam , mata mak ayah dok perati jer dia . hehe . Risau , tetap ada .. Bukan takut kena culik .. tapi kena perhati .. Malang tak berbau ..
Esok , nak bertolak ke Kelantan lak selepas subuh .. Tok Ma rindu dah sangat kat dia .. Huhu .. Sambung kena gomol lagi la dia .. hehe ..
Takde sapa nak gomol aku ke ?
Yang seronok raya , pastinya kanak-kanak. Yang dewasa cam aku ni , seronoknya bila dapat berhimpun dengan sanak saudara dan berbual pelbagai topik .. Dan pasti ada yang bengang sbb ada yang saja mencucuk atau tunjuk bagus. Tapi itulah yang bestnya berhimpun reramai ni .. Macam macam warna perangai ada .. Terasa beza dah dulu dan sekarang . Yup , pengalaman mematangkan kita.
TV lak , serius .. aku tak terliur nak duduk depan tv langsung . Mungkin kerana terlalu banyak rancangan yang dirakam terlebih dahulu hingga hilang seri Aidilfitri atau dah banyak sangat rancangan raya di pelbagai rangkaian television.
Tapi yang pasti , bunyi mercun mmg mengembalikan nostalgia raya aku .. Hehe … Atau sebenarnya , aku dah semakin tua nak layan raya raya ni .. Sekadar seronok bila ramai ahli keluarga berhimpun ..
Mesti seronok balik raya di kampung yang benar benar bersuasana kampung kan ?
DARI BEN ASHAARI DAN SEKELUARGA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Tak kisah la daddy .. Qhaliff on jer pon .. Yang penting , kita nikmati hari raya ni .. Tapi ...
Jom balik kampung ..
Anak kecil , tak tau apa apa. Apa yang dia tau , dia nak beraya saja . Tu pon sbb tgk kawan kawan dia sibuk menunjukkan kasut baru , baju baru dan juga belajar dari tv .
Yang pening kepala , maknya yang mengambil berat akan kebahagiaan anak-anaknya . Dan ayahnya pula ? Nasib laaa .. Kalau dapat yang bertanggungjawab, anak isteri adalah keutamaan. Kalau tak ? Lantak laaa ..
Yup , ini mmg terjadi . Ada si suami atau ayah tak amik kisah langsung mengenai persiapan raya anak bininya. Segalanya , diserahkan pada mak mertuanya. Pandai pandai la urus sendiri.
Apa yang terjadi seterusnya ? Korang leh fikir la sendiri .. Si suami , lepas tangan .. balik rumah mak ayah dia .. Bini dia ? Anak dia ? Tunggu rindu baru balik cari .. Tanpa ada rasa sesal langsung .
Hurm .. nasib la kalau dapat suami gitu . Dapat yang bagus lak , ada yang pijak kepala .. Jangan sampai ilang semua dah laa.. Pandai pandai la tackle kehidupan ini ..
Maaf la yer , tak sempat nak mengedit gambar nak letak ketupat rendang atau sebagainya .. Cukup la kot dengan memacakkan gambar aku anak beranak sebagai pengganti diri. Gambar wife takde ? Ada , dia yang pegang kamera ni haa.. Kira ada la kan ? Hehe ..
InsyaAllah , esok kita akan menyambut 1 Syawal 1433H . Ramai dah pulang ke desa tercinta masing masing dan ada juga tak balik . Yang berkorban demi negara , pon ramai. Yang tak dapat cuti , ramai gak . Jadi , bila kita sambut raya tu , ingat ingatlah mereka yang ‘berkorban’ demi kita yer ..
Dikesempatan ini , aku sekeluarga nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA RAKAN RAKAN YANG MENGENALI AKU TAK KIRA DI FACEBOOK , TWITTER , BLOG . AMPUN MAAF SEKIRANYA AKU TELAH MELUKAKAN DAN MENCALARKAN PERASAAN KORANG SEMUA SECARA SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA .
Buat yg akan pulang beraya nanti , berhati hati di jalan raya . Aku akan ke Kelantan pada raya ke 2 nanti .. Sesiapa yang ada kat Kelantan , marilah kita beraya bersama nanti eh.. Hehe ..
Selamat Hari Raya !
Bawak Qhaliff last call g cari baju dia kat Bangi .. Ada color dia , tapi size lak besar .. Bila baju ada , seluar lak panjang .. Jawabnya , pakai jubah jer la ..
Dan , Qhaliff sangat disiplin la tadi .. Sikit pon dia tak bunyi walaupun ada nampak riak riak bosan di muka dia .. huhu .. Sabar eh sayang ..
Bila masuk je kereta , dia bunyi .. tapi tak kuat lagi .. Sesampainya rumah , baru dia start nangis.. Nangis sbb nak susu jer .. Dan nak baring .. Leganya diaa dpt baring .. huhu …
Baru 4 bulan ++ usia dia .. Nanti tak tau la camana lak .. huhu ..
Muhahaha .. tercengang cengang orang ramai yg lalu dpn booth dia termasuk la aku ngan wife !
Dari jauh serius nampak cam patung sbb tak bergerak sedikit pon .. Aku nyaris tertipu .. Muka dah cerah.. Susuk badan dh mmg mcm patung cuma yg buat aku syak , dia pakai spek hitam !
Bila dekat , confirm manusia sbb tgk tgn dia dan kuku .. Ramai tergelak tgk aksi cool bro patung tu ..
Mcm mcm ragam manusia tadi di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Dah yg pasti ada jual murah dan ada yg tidak !
Kopiah yg sama jenis ni , di booth biasa , harganya cuma RM15 .. Cer tgk harga yg di jual dlm kedai tu .. hehe .. Mmg sama jenis dan kain.Aku dah pegang dan pastikan sblm buat entri ni . Takut jadi fitnah. Tp tak tau la kot ada gred gred kopiah jenis ni atau ada yg reject ..
Wallahualam ..