Sian .. Memang sejak kecil lagi aku cukup takut berjalan di kawasan terbuka di kawasan flat atau pangsapuri .. Kenapa ? Baca keratan dari Kosmo ni ..
“ Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam selepas tiga hari bertarung nyawa akibat kecederaan parah di kepala kerana tertusuk buluh penyidai pakaian yang terjatuh dari sebuah rumah di Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai di Johor.
Sebelum kejadian pada pukul 10.30 malam Ahad lalu, mangsa Muhammad Alias Che Samad, 4, bersama bapanya, Che Samad Che Omar (gambar kecil), 51, turun dari rumahnya di tingkat dua untuk pergi memanggil kakaknya yang berusia lapan tahun yang dikatakan bermain di taman permainan berdekatan rumah supaya pulang.
Bagaimanapun, ketika berada di tempat letak motosikal di tingkat bawah flat setinggi 17 tingkat berkenaan, secara tiba-tiba sebatang buluh penyidai pakaian milik sebuah keluarga yang tinggal di flat itu jatuh menimpa kepala Alias.
Buluh sepanjang dua meter tersebut tertusuk kepala mangsa. Tusukan itu sedalam kira-kira lima sentimeter.
Akibat tusukan itu Alias cedera parah dan koma sebelum anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan meninggal dunia pada pukul 3 petang semalam di HSA di sini. “
Memang la ajal maut di tangan Tuhan tapi kita sebagai makhluknya juga diwajibkan berhati hati .. Selagi mana boleh elakkan , kita elakkan .. Sian kat adik Alias ( arwah ) ni .. Tak pasal pasal jadi mangsa ..
Apa yang aku risaukan kes kes gini la.. Byk kali dah berlaku .. Setakat buang benda dari tingkat atas tu , jangan cerita laaa .. Tak larat dah nak jerit .. Kalau terlebih jerit , bergaduh pulak ! Haaa ..
Buluh beb ! Buluh pacak kat kepala … Tak leh bayang kesakitannya ..