Terkena tapi apa nak buat .. Begitulah gaya mereka di Malaysia ni .. Berjanji akan selesai dalam masa tertentu tapi bila sampai masa , diminta tambah sedikit masa kerana belum dapat disiapkan ..
Tulah yang aku hadapi skang ni .. Walaupun tiada masalah lain , aku berpegang pada janji .. Jangan bagi janji manis tapi tak dapat ditunaikan kerana kita ada kerja lain untuk diselesaikan ..
Rumah aku yang sedang dalam pengubahsuaian , sepatutnya siap dalam minggu ni tapi tak dapat siap .. Minggu depan baru leh siap .. Begitu juga kitchen cabinet yang dijanjikan akan dipasang minggu ni , tokey tu kata barang yang ditempah lom siap. Bila janji , 10 hari siap ada barang dan pemasangan sehari dua .. Dan bila pembelian di buat , apa pon tak boleh !
Aku beli sinki , water heater dan beberapa barang untuk toilet kat satu kedai popular di Malaysia ni .. Dia kata , anytime je boleh hantar .. Kita ni yang dah terpikat dengan cara layanan dia , beli la kat dia .. Bila sampai masa untuk penghantaran , mulalah masalah. Memula dia kata kita tak bagi no telefon .. Padahal dah bagi .. Kena tunggu lagi 2-3 hari lagi .. Bila sampai masa pulak , water heater yang kita order , diorang hantar salah .. Kena tunggu pulak minggu depan untuk hantar yang baru .. Adoi .. geram betul laaaa ..
Nasihat untuk korang yang nak beli barang barang peralatan rumah , kena tanya betul betul dengan diorang . Jangka masa , pastu apa jaminan tiada penambahan masa dan kalau diorang tak tepati janji , apa diorang nak bayar ganti rugi .. Haa .. Maklumlah , kita beli cash .. Pastu masa dibazirkan begitu saja ..
Korang tau , best part kan .. Kita dah beli , bayar pon dah .. Diorang antar tak betul .. Kita tak puashati , dengan mudah diorang kata boleh refund ! Mmg la ok tp masa kita ? Ingat segalanya percuma gitu saja ? Haih .. Banyak lemak sebenarnya peniaga kat Malaysia ni ..
Amik tindakan ? Penat nak ulang alik ke pejabat aduan jer nanti .. Jalan terbaik kan , korang google kat mana mana forum dalam internet ni atau baca kat blog kot kot ada komplen mengenai kedai yang korang nak g tu ..
Aku sedang tunggu penghantaran barang . Tadi dia call kata kul 10 pagi.. Ni call kata kul 11 lebih lak .. Apa cerita ??