“Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.” – Hmetro Online
Hurm .. mesti diorang dah ada perancangan masa depan apa nak buat kalau kena buat sekolah .. Baguslah gitu sebabnya kalau zaman aku dulu , kena buang sekolah mmg dah cukup menyedihkan. Yelah , kawan kawan dok gembira kutip ilmu , dia ? Kalau mak bapak kaya , leh masuk swasta .. Tapi orang-orang camni , tak minat nak belajar dah kot ..
Kalau nak kata cikgu tu maki hamun diorang , apakah layak cikgu tu dipukul ? Awak tu sapa nak pukul orang ? Buat jelah laporan polis atau pakat pakat saman je cikgu tu .. Tu lagi best dari pukul cikgu ..
Waktu aku dulu .. Bengang dengan cikgu mmg ada .. Serius tahap bengang giler . Tapi memandangkan sedar mak bapak bersusah payah membesarkan aku dan kawan kawan aku , ,kitorang telan jer segalanya hingga abis SPM. Semua mmg jadi kenangan ..
Hurm.. Tu budak sekolah menengah .. Sekolah rendah camana pulak ? Baru baru ni , ada kawan aku call .. Seorang guru disiplin sekolah rendah , di sekolah yang mana aku sendiri pernah mengajar. Katanya kereta dia abis kena calar dek pelajar ! Kereta yang baru je beberapa tahun dia pakai !! Pelajar sekolah rendah , okeh !
Nak salahkan sapa bila kes kes ni berlaku ? Teringat lagi aku hampir disaman oleh penjaga pelajar ni hanya kerana aku rotan dengan pembaris di tapak tangan ( perlahan giler kerana lebih pada nak gertak pelajar lain ) kerana bermain dalam kelas setelah berkali kali aku menegur dia dan sayangnya, tiada pembelaan dari guru besar. Menyediihkan ! Maka , tak hairanlah pelajar sekarang besar kepala ..
Sapa tak sayangkan anak kan ? Tapi kalau dia membesar dengan penuh kemanjaan hingga tak boleh ditegur langsung oleh mana mana orang kecuali mak bapak dia , maka … hurmm.. Jadi Sazali la gamaknya ..