Kertas percubaan SPM bocor di FB .. Berita di Sinar Harian Online hari ini menarik minat aku untuk mengingati saat saat aku bergelar pelajar ..
Sasaran aku adalah ILMU .. Bukannya LULUS dengan CEMERLANG . Jika aku lemah satu satu mata pelajaran , apa yang aku kena usahakan ialah tingkatkan lagi usaha dan bukannya amik jalan mudah iaitu meniru !
Bila kita mula meniru, perangai tu akan kekal dalam diri kita kerana kita tau itulah jalan mudah untuk ‘berjaya’ ! Lainlah jika dah ada kesedaran dan menyesali tindakannya itu , insyaAllah dia takkan akan lakukan lagi ..
Bayangkan kita lulus SPM dengan meniru kemudian masuk ke IPT dan meniru lagi .. Cemerlang ! Tapi bila nak mula kerja , kena amik ujian dan masa tu kita tak leh nak meniru camana ? Atau kalau dah dapat kerja tapi disebabkan kita asik meniru , bagaimana kita nak buat kerja sbbnya kita hanya tau meniru saja ? Haaa ..kata CEMERLANG ?
Kita takkan terlepas selama-lamanya ..