Aku malas nak masuk campur hal orang tapi bila asyik dok lantang je mulut tanpa fikir maruah orang lain , aku rasa tak patut laa ..
Artikal terbaru di Mstar yang menyebut Zed Zaidi mengatakan ada artis dibayar ribuan ringgit oleh pihak tertentu untuk memburukkan kerajaan , tanpa bukti adalah sangat tidak patut !
Ok , aku amik ‘kata-kata ‘ dari Mstar Online eh ..
“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.
“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.
Aku bukan pro mana mana parti politik. Tapi kalau nak cakap berdasarkan sumber , anda sendiri pon dah serupa macam ahli politik .Ada bukti , tunjukkan bukti dan baru cerita .. Cakap mulut zaman ni , tak boleh pakai dah ..
Seperkara yang membuatkan aku rasa dia patut pertimbangkan kata kata dia ..
“Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis. “
Perghh … Korang baca sendiri kat MSTAR ..
Bercakap biar guna akal.. Kalau tak , anda sama jer seperti yang anda kritik tu ..