Erk ?? Kenapa abang Ben ?? Kenapa ??? Haaaa …. Ada yang suka cas telefon bimbit dia pastu dok guna sekali ! Kira takleh berenggang langsung walaupun tengah cas !!
Takde apa apa eh ? Mungkin la kot tapi jika dalam cuaca hujan lebat serta kilat sabung menyabung , lebih baik jangan cas telefon anda tu buat sementara waktu , kalau benar sayangkan nyawa dan telefon anda tu laa eh ..
Seorang lelaki , Aniq Syazwan nyaris maut akibat panahan petir menyambar wayar elektrik hingga menyebabkan dia terkena renjatan dalam kejadian ketika hujan lebat dan kilat sambar menyambar kira-kira jam 8.12 malam di rumahnya di Terengganu.
Ketika itu dia sedang caj telefon bimbit dan letakkannya atas paha sambil tangan diletakkan atas telefon itu namun tak semena-mena dia rasakan terkena renjatan elektrik lalu dia yang berada di atas katil dalam bilik tidur tercampak di tepi dinding dengan badan kaku serta kejang.
Aniq Syazwan tersebut ditahan dalam wad selama dua hari kerana dikhuatiri kesan arus elektrik boleh memudaratkan otak dan jantungnya sebelum dibenarkan pulang petang kelmarin.
Amacam ? Nak buat tak pasni ? Hehehe … Jangan wehh .. jangan .. hehehe ..
Sumber – SinarHarian.