Sekadar perkongsian ..
“ Salam en ben.Selama nih sy mengikuti blog en ben dari jauh.. malu nak dekat2.. kalau boleh en ben kongsi rahsia en ben buat duit melalui blog boleh? sy teringin nak cuba.. tapi x tahu caranye.. lagi pun sy suri rumah patutnye lagi byk masa sy ada untuk berbelog.. mohon jasa baik en ben jika mempunye masa terluang untuk memberi tunjuk ajar pada saya.. “
Ampun maaf dari aku yang kekurangan ilmu ini untuk berkongsi seciput ilmu yang aku kutip dari pengalaman berblog selama dah masuk 4 tahun ..
Tapi memandangkan ada yang berkali kali tanya soalan yang sama , aku kongsikan ( lagi dan lagi dan lagi .. ) apa yang aku tahu . Yang aku tak tau , maaf la yer .. Aku terlalu cetek dalam bidang ni ..
Buat duit dari blog ni ada banyak cara . Tapi aku gunakan cara yang aku minat iaitu melalui penulisan santai yang mana format penulisan aku tu jauh sekali dari cara cikgu ajar menulis karangan di sekolah . Lebih pada monolog la gitu .. hehe ..
Duit masuk adalah dari pengiklanan syarikat , blogshop mahupun individu. Berapa tu , tak perlulah tau . Tapi yg pasti , kaya tu tidak la. Cukup la untuk lepas makan aku ngan wife dan bayar hutang gitu ..
Aku rasa tu semua orang tau kan ? Mudah je sebenarnya tapi yang sukar sedikit ialah camana nak kasi up blog kita untuk orang mai singgah seterusnya mampu menjana pendapatan dari situ bila dah mula ada trafik ..
Itu cara mudah la .. Nak lagi best , buat bisnis dan jual dalam blog. Haaa.. macam tu je la.. Ini secara umum je .. Nak lagi details , aku rasa ada blog yang ajar menda menda gini . Bukannya aku kedekut ilmu tapi ini je yang aku tau … Bukan teror mana pun ..