Berkejar aku balik rumah dari Alamanda semata mata nak bagi sokongan pada drama tempatan terutamanya bergenre hantu syaitan ni sbb aku suka baca kata kata tauladan di penghujung drama tersebut..
Ok… Sempat .. Sediakan pop corn dan bantal untuk tutup muka .. Tadaaaa .. Jam 10 malam di malam Jumaat ! Masa dan hari yang amat sesuai la untuk takut takutkan rakyat Malaysia dengan cerita cerita hantu .. Gulp ..
Dah mula dah .. Wahhh.. Fauziah Ghous berlakun.. Peeewitt.. Ilang dah rasa takut bila tengok muka cun dia walaupun aku rasa dia mekap seseram mana pun aku tau dia tetap cun .. hehe ..
Babak demi babak .. Bantal aku dah letak kat kepala . Terbaring enak gitu sambil mata tertumpu kat tv yang penuh dengan iklan ..
Waahh .. hantu diaa .. Aku rasa hantu dalam game lagi evil laaa .. Bukan nak kutuk , tapi tu yang aku nampak depan mata aku tadi.. Betuiii .. tak tipuu ..
Episod 1 yang dah boleh dibaca .. Walaupun ada yang kata nak tiru Nang Nak , tapi aku rasa tak .. Ini idea ori wehhh .. Nampak kan aku sokong drama tempatan yang bergenre hantu ni .. Kang kata aku tak sokong lak ..
Tamat dah episod 1 .. Nak download , rasanya tak perlulah .. Episod ke 2 minggu depan . Aku rasa aku tunggu je la episod terakhir .. Penat nak follow tiap minggu sbb dah macam leh jangka jer. Takat nak seram , aku duk belakang rumah aku pun dah macam dalam drama WALKING DEAD… Seraaammmmmmm …