Jika ianya sedang berlaku pada aku . Jika tidak berlaku pada aku , itu mungkin artikal yang aku petik dari akhbar mahupun sumber lain.
Ada kawan mintak aku tulis berkenaan workout atau gym .. Satu tika dulu , mmg hari hari aku tulis hingga ada pembaca muntah darah atau koma sbb bosan tengok besi kat gym tu atau pun ada yang dok kata aku gay sbb tunjuk gambar aku kat gym .. Serba tak kena , kan ? Lantak la .. asal polis tak mai ketuk rumah aku lalu ditahan ISA dah la ..
Camana aku nak cerita pasal gym kalau petang tu aku g makan ABC ? Cakap serupa tak bikin la kan ? Kalau aku g , tak suruh pun aku confirm update .. hehehe ..
Cerita pasal workout ni , boleh je googl dalam blog aku . Tak silap aku ada lebih 12 ribu entri dah dalam ni .. Macam macam cerita ada boleh baca ..
Buat masa sekarang , aku cerita pasal Qhaliff kerana ini sejarah hidup dia .. Apa yang dia buat dan lakukan , dia akan membacanya satu hari nanti yang mana kalau boleh dulu aku nak je bapak aku buatkan untuk aku ..
Sayangnya segala kenangan dipersiakan begitu saja sedangkan ada tempat untuk disimpan. InsyaAllah , kalau aku g gym kembali , aku cerita .. Buat masa sekararang , keutamaan aku adalah anak aku yang masih belum tumbuh gigi .. hehe .. Maaf yer ..