Siannya .. Bila tengok dia , teringat orang tua aku .. RM800 je pon .. Sekurangnya pihak DBKL hantar la satu wakil untuk periksa keadaan mereka dan kemudian baru buat keputusan samada nak ‘halau’ keluar atau sebaliknya.
Menurut Mstar Online , Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.
Hurm.. Nasib baik la Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), akan mengambil tindakan segera bagi membantu dan menyelesaikan masalah pelakon veteran itu.
Menurut Presiden SENIMAN , Zed,Zaidi ketika dihubungi pihaknya akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan yang tidak dibayar oleh Yahya selain menghulurkan bantuan lain sekiranya perlu.
Katanya lagi , masalah-masalah begini mereka tahu daripada pihak lain dan bukannya daripada ahli Seniman sendiri. Seperti kes Yahya, jika mereka tahu lebih awal sudah tentu bantuan diberikan untuk meringankan masalah.
Tak kisah la .. Bagi bantuan secepat mungkin . Dan sejak kebelakangan ni memang aku menyampah dengan DBKL !! Sejak zaman ELYAS OMAR berakhir , DBKL mmg haru biru !!