Hampir tiap malam , muka aku ada di 7 Eleven Presint Diplomatik .. hehe .. Hanya untuk beli ais batu tu haaa .. Kenapa ?
“ Bang , tiap malam abang beli ais ni .. Buat apa yer ? “ . Tanya pembantu kedai 7E tu ..
Aku tau dah .. Lama kelamaan , pasti dia akan tanya. Yelah , aku beli satu bungkus tu je. Kalau nak wat bisnis , mesti beli banyak . Kalau nak buat kenduri , takkan tiap hari kan ? Hehehe ..
Aku jawab .. “ Untuk susu anak .. Kasi sejuk . Dah pindah rumah. Peti ais semua dah usung ke rumah baru. Ni masih duk umah lama .. Jadi nak kena sejukkan susu anak la ni .. “.
Ringkas tapi tak padat. Aku pasti dia tak paham dan aku pun malas nak paham kan sbb takkan masuk dalam soalan utk penjawatan tetap dia punya .Kalau ada pun , soalannya pasti berbunyi begini ..
“ Untuk apakah abang tu beli ais setiap hari ? Sila huraikan dalam 250 patah perkataan . “.
Tu la kegunaan ais tuu.. Untuk stok Qhaliff.. hehehe ..